NIAT & CARA SOLAT SUNAT FAJAR (Panduan Lengkap)

Bagaimana cara Solat Sunat Fajar?

Ini adalah panduan mudah untuk melakukan Solat Fajar.

Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.

Bacaan doa selepas solat fajar juga turut disediakan.

Apa yang penting:

Panduan solat ini juga dipermudahkan dengan transliterasi rumi untuk membantu anda yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.

Mari kita mulakan..

Pengenalan

Sebelum mendirikan solat fardu subuh, disunatkan mendirikan solat sunat fajar terlebih dahulu sebanyak dua rakaat.

Waktu mengerjakan solat ini adalah apabila bermulanya waktu fajar atau subuh adalah setelah terbitnya fajar yang benar (fajar sodiq) dan berakhir apabila terbitnya matahari.

Waktu Mengerjakan Solat Sunat Fajar

Bilakah waktu untuk mengerjakan Solat Fajar?

Waktu melakukan solat sunat Subuh adalah setelah masuknya waktu Subuh dan sebelum menunaikan solat fardhu Subuh.

Diriwayatkan oleh Abd al-Razaq, Sabda Nabi SAW:

لَا صَلَاةَ بَعْدَ طُلُوعِ اَلْفَجْرِ إِلَّا رَكْعَتَيْ اَلْفَجْرِ

Maksudnya;

Tidak ada solat selepas terbitnya Fajar melainkan dua rakaat (Sunat) Fajar

— Bulugh al-Maram (28)

Lafaz Niat Solat Sunat Fajar

Lafaz niat solat fajar adalah seperti berikut:

 Usolli Sunnatal Fajri Rak’ataini Lillahi Ta’ala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala”

Ringkasan cara mengerjakan Solat Sunat Fajar

  • Mulai dengan Takbiratul Ihram dan niat: “Usolli Sunnatal Fajri Rak’ataini Lillahi Ta’ala” (Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Ta’ala)
  • Baca Surah Al-Fatihah, diikuti dengan surah pendek seperti Al-Kafirun
  • Lakukan rukuk, kemudian sujud dua kali
  • Rakaat Kedua. Bangun, baca Al-Fatihah dan Al-Ikhlas, lalu rukuk dan sujud seperti sebelumnya
  • Tahiyyat Akhir dan Salam. Duduk untuk tahiyyat akhir dan akhiri solat dengan salam ke kanan dan kiri

Tempoh melakukan solat sunat ini adalah dalam jangka masa yang sederhana dan tidak terlampau lama.

Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah memendekkan solat sunat subuhnya sehingga aku berasa ragu-ragu sama ada baginda membaca al-Fatihah ataupun tidak.

— Hadis direkodkan oleh Ahmad

Di bawah ini merupakan cara melaksanakan solat Sunat sebelum subuh secara langkah demi langkah:

Rakaat Pertama

1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat fajar dalam hati.

Antara lafaz niat yang boleh diucapkan adalah:

Niat solat sunat fajar

 Usolli Sunnatal Fajri Rak’ataini Lillahi Ta’ala 

Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala

* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

takbiratul ihram

2. Bacalah Surah al-Fatihah.

Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu.

Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, ia adalah sunat (dapat pahala membaca)

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


3. Kemudian, Baca Surah al-Kafirun

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada surah al-Quran.

Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-Alkafirun:

surah al-kafirun

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

  Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


7. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


8. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni 


9. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


10. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat
Posisi Duduk Istirahat

Rakaat Kedua

11. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


12. Baca Surah al-Fatihah.

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah
Surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


13. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas:

surah al-ikhlas

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Bacaan surah al-Kafirun dan al-Ikhlas pada rakaat pertama dan kedua adalah berdasarkan riwayat Aisyah r.a. “Rasulullah membaca ‘kul ya ayyuhal kafirun’ dan ‘qul huwallahu ahad’ dalam solat sunat subuh” (Hadis ini direkodkan oleh Ahmad dan at-Tahawi


14. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

  SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 


15. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk
rabbana lakal hamdh

  Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 


16. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


17. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

  Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni 


18. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:

  Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 


19. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir

tahiyat akhir

20. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

salam

Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

ucapan salam

  Assalamualaikum Warahmatullah 

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

ucapan salam

  Assalamualaikum Warahmatullah 

Doa Selepas Solat Sunat Fajar

Selepas memberi salam, disunatkan membaca salah satu daripada doa ini:

Doa Pertama
Doa Solat Sunat Fajar

  Allahumma Robbu Jibrila Wa Israfila Wa Mika-i-la Wa Muhammadin Nabiyyi Sollallahu Alayhi Wassalam, A’uzuuBika Minan-narr.  

Maksudnya:

Ya Allah, Tuhan Jibril, Israfil, Mikail dan Nabi Muhammad SAW, aku memohon perlindunganMu daripada api neraka.

Keterangan Doa

Dalam kitab Ibnu Sunni, daripada Ibnu Abi al-Malih – namanya1 A’mir bin Usamah – daripada ayahnya daripada [datuknya Usamah bin U’mair r.a.2] bahawa dia solat sunat dua rakaat sebelum subuh dan Rasulullah SAW juga solat sunat dua rakaat disisinya, kemudian dia mendengar baginda mengucapkan sambil duduk [doa di atas]

Doa Kedua
Doa Solat Sunat Fajar

  Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya DzalJalaaLi Wal-ikraaam, As-Aluka Anta Tuhyiya Qalbi BiNuuri MaghRiFatika Ya Allahu Ya Allahu Ya Allahu Ya Arhamar-Rahimin.  

Maksudnya:

Wahai yang hidup selama-lamanya, wahai yang mempunyai kebesaran dan kemurahan, aku memohon kepadaMu supaya menghidupkan hatiku dengan nur makrifatMu, ya Allah, ya Allah, ya Allah, wahai yang menghidupkan yang mati, wahai kekasih yang pengasih.”

Keterangan Doa

Menurut Syaikh Abu Bakar Syatha dalam kitab I’anatut-Thalibin, doa ini dianjurkan dibaca sebanyak 41 kali selepas solat sunat fajar.

Adakah Solat Ini Sama Dengan Solat Sunat Qabliyyah Subuh?

Secara ringkasnya, YA.

Solat sunat fajar adalah solat yang sama dengan solat sunat qabliyyah subuh.

Ikuti kupasan lanjut dari Ustaz Jafri Abu Bakar dalam video di bawah:

YouTube video

Menurut Mufti Wilayah, solat sunat yang paling dituntut antara solat-solat sunat rawatib yang lain adalah dua rakaat solat sunat fajar.

Ini kerana, padanya terdapat banyak kelebihan-kelebihan bagi sesiapa yang melaziminya.

Hal ini berdasarkan sebuah hadith:

1. Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيِ الفَجْرِ

Maksudnya:

Tidak pernah dilihat Nabi SAW begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana Baginda SAW mengambil berat tentang dua rakaat fajar”. [Riwayat al-Bukhari (1116)]


2. Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Maksudnya:

Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”. [Riwayat Muslim (725)]

Imam al-Nawawi berkata yang dimaksudkan dengan “وَمَا فِيهَا” adalah kesenangan dunia.

Penutup: Lakukanlah Solat Sunat Untuk Berjaya

Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solat mereka”

— Surah al-Mukminun 1-2

Pada zaman Rasulullah SAW, para sahabat sangat cemburu dan berasa iri hati melihat baginda banyak melakukan amalan sunat.

Maka mereka turut sama berlumba-lumba melakukannya.

Sememangnya digalakkan kepada golongan yang beriman agar mengerjakan amalan sunat khususnya solat sunat.

InsyaaAllah mereka akan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat jika melakukannya dengan rasa khusyuk.

Semoga panduan ini memberi manfaat kepada tuan dan puan

1 Yakni nama Abi al-Malih

2 Nama di dalam […] adalah merupakan tambahan dari periwayatan imam al-Tabarani seperti yang terkandung di dalam kitabnya yang berjudul al-Kabir. Sanad tidak dapat disambung melainkan diperhalusi melalui salasilah perawinya. Sila lihat Tahzib al-Kamal, ibnu Abi Malih ialah Mubassyir bin A’mir bin Usamah bin U’mar

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

157 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
MAS SYANG KAJANG
MAS SYANG KAJANG
6 bulan yang lalu

Alhamdulillah.. Terima kasih… Sya dapat lagi ilmu… Insya Allah sya akn sebar kan..

SITI ZABIDAH BINTI MOHD RAMLI
SITI ZABIDAH BINTI MOHD RAMLI
8 bulan yang lalu

Assalamualaikum. Saya inginkan pencerahan tentang solat sunat fajar dgn solat sunat Qabliyah.

Solat sunat fajar dilakukan selepas azan subuh. Bagaimana pula dgn solat sunat Qabliyah, waktu bila yang kita kena niat sebagai sunat Qabliyah sebelum kita solat subuh.

Terima kasih.

SITI ZABIDAH BINTI MOHD RAMLI
SITI ZABIDAH BINTI MOHD RAMLI
Reply to  Muhamad Naim
8 bulan yang lalu

Terima kasih di atas pencerahan….

Kasim
Kasim
11 bulan yang lalu

Adakah solat ini selepat subuh?

Syahfyezan
Syahfyezan
1 tahun yang lalu

Bismillah, alhamdulillah selepas saya, amalkan tanpa henti, Allah permudahkan urusan saya satu persatu.
Yakin apa yang allah janjikan.

Arina Alin
Arina Alin
1 tahun yang lalu

Alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian..

Hanita
Hanita
1 tahun yang lalu

Syukur alhamdulillah…. Saya suka sangat… Terima kasih pada yang berkongsi ilmu… Semoga awak di murahkan rezeki dan selamat dunia akhirat… Amin

Maimunah Kasura Kasmani
Maimunah Kasura Kasmani
2 tahun yang lalu

As Salam Ustaz saya dah mengerkan SOLAT FAJAR dan sini saya kurang faham. Selepas SOLAT FAJAR perlu juga ker saya mengerjakan SOLAT QABLIYAH sebelum Subuh? Atau selepas SOLAT FAJAR saya boleh teruskan SOLAT SUBUH?

Nor Hayati binti Abdullah
Nor Hayati binti Abdullah
2 tahun yang lalu

Assurance…faham ttg solat surat fajar

Alias Aziz
Alias Aziz
2 tahun yang lalu

As Salam ustaz, nak bertanya.. Adakah Solat sunat fajar dilakukan selepas sunat qabliyah subuh atau sebelum sunat qabliyah subuh? Sesudah azan subuh…

Salmimi
Salmimi
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz sy nk bertanya solat fajar ni dilakukan sebelum azan masuk solat subuh ke atau nk tunggu azan baru blh buat solat fajar sy baru belajar tentang solat harap sgt ustaz blh jelaskan pada sy terima kasih ustaz

Hamba Allah
Hamba Allah
Reply to  Salmimi
2 tahun yang lalu

Waalaikumsalam saudara, solat sunat fajar ialah solat sunat rowatib subuh. Di mana, solat ini didirikan sejurus selepas azan subuh dan sebelum solat subuh ditunaikan.
Saya bukan ustaz tapi harap dapat membantu saudara.

Zahala Bt Muhammad
Zahala Bt Muhammad
Reply to  Hamba Allah
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum Tuan,
Maaf sy mencelah sesungguhnya apa yg sy fhm berkaitan dgn Solat Sunat Subuh dan Solat Sunat Fajar adalah spt apa yg Tuan jelaskan.. T kasih Tuan.