Aurat Ku Maruah Ku

aurat

“Saya terdetik untuk bertudung. Apa pandangan sis?”

Alhamdulillah itu satu hidayah dari Allah s. w. t untuk jentik hati kita menutup aurat.

Pakailah dik tidak ada masalah andai adik baru sekarang terdetik menutup aurat.

Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah tutuplah aurat dengan sempurna kerana bertudung sahaja belum cukup untuk kita menyempurnakan perintah Allah s.w.t.

Aurat kita bukan hanya rambut yang perlu ditutup malahan kaki, lenggan dan bentuk badan kita juga wajib ditutup dengan sempurna agar tidak kelihatan.

Berapa ramai adik-adik diluar sana memakai tudung tetapi hakikatnya dia bertelanjang. Allahu’robbih.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;

“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.”

[ Hadith riwayat Muslim ]

Moga hadith yang saya beri dapat dijadikan panduan berpakaian seorang muslim untuk semua muslimah diluar sana.

Dan saya memberi sedikit tips mudah agar senang difahami bagaimana pemakaian menutup aurat.

Tips mudahnya tutup aurat:-

1. Jangan tinggikan sanggulan rambut.
2. Pastikan jenis tudung tidak jarang dan paras bawa dada.
3. Pakai pakaian yang longgar agar bentuk badan tidak kelihatan.
4. Pakai seluar/skirt yang tidak menampakan bentuk paha.
5. Pakai handsock/penutup lenggan.
6. Pakai stokin.

Mudah tak? Alhamdulillah mudahkan.

Dan nak tahu tak? Jika pakaian kita menutup aurat kita boleh bawa untuk menunaikan solat.

Bermanfaat sangat untuk saya dan teman semuslimat yang jenis malas bawa telekung bila keluar ke mana-mana.

Moga Allah s.w.t redha dan moga artikel ini bermanfaat.


Artikel ini ditulis oleh Nor Khalidah dari https://selafazsyahadah.blogspot.com

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Salbiah Ahmad
3 tahun yang lalu

T. Kasih untuk ingatan dan panduan.. Syukur Alhamdulillah.. Aamiin..

Rusdiyanto
3 tahun yang lalu

Perpakaianlah yg wajar yg tdk memancing hal negatif & berperilaku yg baik, krn niat & laku yg baik akan selalu dilindungi Allah sekecil apapun kejahatannya…Allah sangat dekat tp kita yg selalu menjauhkan Allah dg kesombongan diri