Bolehkah Lakukan Solat Tahajjud Sebelum Tidur?

solat tahajjud sebelum tidur

Adakah boleh melakukan solat tahajjud sebelum tidur?

Apakah hukumnya?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Adakah kalau kita nak lakukan solat tahajud mesti kena tidur dulu?

Bagaimana kalau kita nak solat juga pada hal belum tidur?


JAWAPAN:

Solat Tahajjud ialah solat sunat yang dikerjakan selepas selepas menunaikan solat fardu isyak dengan syarat tidur dahulu walau pun sekejap dan bukannya dilakukan sebelum tidur.

Waktunya ialah pada waktu malam sampai terbit fajar.

Berkata Syeikh Bujairimi:

Dan katanya selepas tidur itu walau pun sedikit.

Dan sekalipun tidurnya itu sebelum solat isyak akan tetapi mestilah solat tahjjud itu selepas solat isyak sehingga dinamakan dengan demikian itu.

Inilah pendapat yang muktamad.”

(Hasyiah Al-Bujairimi ala Al-Minhaj)

Oleh itu jika tidak tidur dan hendak mengerjakan solat sunat maka tidaklah diniatkan solat sunat tahajjud tetapi diniatkan solat sunat malam atau sunat qiamullail dan seumpamanya.


Kesimpulan

Solat sunat tahhajud ialah solat yang dikerjakan selepas tidur samada tidur itu selepas waktu isyak atau sebelum waktu isyak dan sekalipun tidur yang sekejap sahaja.

Solat tahajjud dikerjakan selepas mengerjakan solat fardu isyak.

Yang afdhal ialah dikerjakan solat tahajjud ini pada waktu tengah malam.

Jika tidak tidur dan ingin menunaikan solat maka boleh ditunaikan solat sunat malam atau qiamullai atau seumpamanya.

Sama ada dikerjakan solat sunat tahajjud selepas tidur atau qiamullail sebelum tidur maka ganjarannya adalah tersangat banyak.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

21 thoughts on “Bolehkah Lakukan Solat Tahajjud Sebelum Tidur?”

  1. salam ustaz sunat witir boleh di sembahyang selepas isyak atau kita lakukan ketika mengerjakan solat sunat tahajjud

    Reply
    • Wassalam.

      Kedua-dua masa tersebut dibolehkan, cuma pilih salah satu masa. Jika sudah lakukan witir selepas Isyak, maka tidak perlu lagi lakukan witir semasa tahajjud.

      Reply
  2. Salam ustaz ..saya.msykil tentang solat.ketika.seseorg yang mengerjakan haji atau umrah..insyallah kalau dizinkan untuk ke sana..bagaimana kita nak.mengerjakan solat adakah cara qasar atau jamak atau solat seperti biasa .

    Reply
    • Wassalam.

      Kena tidur dahulu buat seketika (walaupun tidur-tidur ayam) untuk memenuhi syarat tahajjud.

      Reply
      • Maaf, terlepas pandang.

        Ulama berbeza pendapat tentang Solat Tahajjud. Menurut Imam al-Qurtubi, tahajjud bererti bangun dari tidur. Walau tidur bukan syarat, paling afdal adalah tidur dahulu, bangun, dan mengerjakan solat Tahajud, mengikuti sunnah Rasulullah. Ini menunjukkan kesungguhan melawan malas dan mengantuk.

        Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Hajjaj bin Umar, sahabat Rasulullah SAW bahawa beliau berkata:

        Adakah salah seorang daripada kamu menyangka apabila dia berjaga sepanjang malam, dia dikira bertahajud. Tahajjud itu adalah mendirikan solat selepas tidur, kemudian mendirikan solat selepas tidur, kemudian mendirikan solat selepas tidur. Begitulah cara Rasulullah SAW mendirikan solat malam”

        – Riwayat Ismail bin Ishaq

        Reply
  3. Alhamdulillah, setelah berhenti kerja saya dapat menunaikan solat tahajud.. Walau pun masih baru tapi saya rasa khusyuk dan hiba.. Moga Allah perkenankan doa saya utk istiqamah

    Reply
  4. alhamdulillah buat pertama kali dlm hidup sy selama 39tahun ni hari ini pada 10nov 2020 pada pukul 4.30 pagi sy bangun utk solat tahajud.
    semoga sy istoqomah aamiiñ

    Reply

Leave a Comment