Saya Mahu Cantik!

 cantik

Cantik, Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif

Cantik atau tidak seseorang itu bukan terletak pada lentik bulu matanya, mancung hidungnya, bulat matanya dan cerah kulitnya atau apa-apa sahaja, namun kecantikan seseorang adalah pada mata yang memandang.

Kita di bekalkan dengan kemahuan dan pilihan yang berbeza.  Adilnya Allah menciptakan kita semua tidak sama, memiliki rupa yang berbeza, namun Allah menjanjikan kita semua akan memiliki pasangan dan tidak seorang pun dikecualikan.

Jadi apakah yang membuatkan ini terjadi?

Hal ini adalah kerana mata seseorang tidak di berikan hanya satu tarikan yang sama.  Semua manusia punya keinginan dan minat yang berbeza. 

Jadi janganlah mudah mengejek dan mencaci seseorang hanya kerana paras rupa yang dimilikinya kerana ada dikalangan manusia di luar sana yang akan mengagumi wajahnya.  Allah akan mencantikkannya pada mata terpilih.

Ada yang sering tertanya-tanya dan merendahkan diri serta beranggapan bahawa kekurangannya tidak melayakkan dia untuk sesiapa.  Mengapa menghukum diri? Tidak percaya pada keadilan Allah?

Kecantikan terlalu unik untuk ditafsirkan.  Kekuasaan Allah yang maha besar menjadikan manusia yang berangka jutaan billion yang hidup di atas muka bumi mempunyai wajah yang berbeza!

Subhanallah, padahal kita semua memiliki mulut, hidung, mata , telinga yang ada pada kedudukan yang tetap.  Tetapi tetap jua kita berbeza.

Rupa hanya lambang pengenalan diri kita.  Tetapi bukan ukuran kecantikan akhlak yang dimiliki.  Orang-orang yang beriman akan menilai kecantikan seseorang dari akhlak dan perwatakan. 

Tetapi mereka yang memuja  meterialistik akan melihat kecantikan dari luaran dan jasad semata.  Mereka hanya mengejar kepalsuan yang nyata akan hancur dimamah cacing tanah.  Sedangkan yang kekal hanyalah amalan-amalan yang ditanam dari kehidupan.

Kerana itu tatkala memilih jodoh, maka pilihlah yang beragama.   Sememangnya rupa yang sedap dipandang itu perlu, namun apa erti cantik tanpa agama dan kesolehan diri. 

Biarlah rupa tidak seberapa, kerana gayanya dan tutur katanya lembut akan meruntun jiwa si suami,  ketaatannya akan menjadikan suami menghargainya.

Mungkin sesuatu itu biasa sekali di pandangan mata, tetapi sangat indah di pandangan mata hati.  Kecantikan fana akan lenyap di telan masa, tetapi kesolehan yang dipelihara akan membawanya ke syurga. 

Di syurga nanti tiada manusia yang tidak cantik, semuanya rupawan yang jelita.  Kecantikannya akan di gandakan oleh Allah.  Subhanallah!

Kamu terlalu cantik dengan hiasan taqwa.  Tersangat cantik dengan memiliki jiwa yang ikhlas dan reda.  Itulah kecantikan yang akan kekal selamanya.

output_8vyUki

Masukkan alamat email anda untuk subscribe / melanggani blog ini dan menerima setiap artikel baru melalui e-mel.

Join 2,423 other subscribers

Comments

  1. Rose says

    Sya percaya akhlak yang baik akan mencantikkan wajah.. Lihatlah org2 yg soleh & solehah.. wajah (mata) si solehah akan nampak anggun walau berniqab dan si soleh pula akan nampak tampan walau berjanggut.. Seri mereka kuat & melembutkan hati yg memandang..

    • Ilham Pena says

      betul tu…bersih dari hati akan terzahir pada wajah, pada perbuatan, pada tutur kata. maka dari itu, segalanya akan nampak indah dan menyenangkan kepada insan-insan di sekeliling.

  2. says

    sangat tertarik dengan ayat “Rupa hanya lambang pengenalan diri kita. Tetapi bukan ukuran kecantikan akhlak yang dimiliki”
    kecantikan hakiki…terletak di hati…tempat pertama jatuhnyer pandangan Allah untuk setiap insan~

    • Ilham Pena says

      betul tu eeiyss. Kecantikkan lahiriah hanya bersifat sementara. ia akan pudar dan hilang. tetapi itu jualah yang dikejar oleh manusia sehingga sanggup melakukan perkara-perkara terlarang seperti mengubah ciptaan. padahal Allah dah menjadikan setiap dari kita begitu cantik. kekurangan Allah bekalkan ada kerana kita manusia biasa. itu yang dinamakan ujian. tetapi janganlah kita tergolong dalam golongan orang yang tidak mensyukuri nikmatNya..
      cantikkan peribadi, itu yang akan kekal abadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *