Walaupun Ibu Bapa Menjadi Khinzir

Ibu Bapa Menjadi Khinzir
Ibu Bapa Menjadi Khinzir

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Ibu Bapa Menjadi Khinzir

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor khinzir betina yang besar. Khinzir itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.

“Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan

khinzir itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu khinzir itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor khinzir jantan yang lebih besar. Khinzir itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Khinzir itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.

“Wahai saudara! Apa agama kamu?”

“Aku agama Tauhid“, jawab pemuda itu iaitu agama Islam.

“Habis, mengapa kamu membela khinzir? Kita tidak boleh berbuat begitu” Kata Nabi Musa.

Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu.

“Sebenarnya kedua khinzir itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi khinzir yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah.

Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi khinzir, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.

“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.

‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa khinzir pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.”

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya.

Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti khinzir.Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Ibu Bapa Menjadi Khinzir, Ibu Bapa Menjadi Khinzir, Ibu Bapa Menjadi Khinzir, Ibu Bapa Menjadi Khinzir, Ibu Bapa Menjadi Khinzir, Ibu Bapa Menjadi Khinzir, Ibu Bapa Menjadi Khinzir, Ibu Bapa Menjadi Khinzir 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

6 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
Kisah Nabi Muda Dengan Seorang Pemuda Menjaga Ibubapanya Yang Telah Disumpah Menjadi Khinzir – JANTA KHABAR
5 tahun yang lalu

[…] Sumber: akuislam.com […]

trackback
Kisah Nabi Musa: Anak Yang Menjaga Ibu Bapa Disumpah Menjadi Khinzir – Islam Itu Indah
5 tahun yang lalu

[…] Sumber: akuislam.com […]

heriyanto
heriyanto
6 tahun yang lalu

kisah yang istimewa sekali ini! terima kasih!

Aksesori cantik untuk outfitmu

https://shopee.co.id/Aksesoris+Cantik+Untuk+Outfitmu+26-29+Juli+-col.22672?smtt=1.3260

Fazlina Shafee
Fazlina Shafee
10 tahun yang lalu

Mohon share

hello
hello
12 tahun yang lalu

3 ice

abu basyer
abu basyer
12 tahun yang lalu

Ibu bapa aku darth vader…hehe