“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)
Alkisah seorang pemuda sufi jatuh cinta kepada seorang gadis. Cintanya pun berbalas. Namun malangnya, gadis itu ingin dijodohkan orang tuanya dengan lelaki lain. Kerana dorongan cinta, gadis itu mencari alternatif, Aku datang padamu, atau ku atur cara supaya kamu boleh menyelinap ke rumahku, begitu penjelasannya.
Tidak! Aku menolak kedua pilihan itu. Aku takut pada neraka yang nyalaannya tak pernah padam! itu jawapan pemuda itu sekaligus membuat sang gadis itu tersentak.
Pemuda itu memenangkan iman atas syahwatnya dengan kekuatan cinta.
Jadi dia masih takut pada Allah? , kata hati kecil gadis itu . Seketika dia tersedar, dan tiba-tiba dunia terasa kerdil di hadapannya. Dia pun bertaubat dan kemudian mengabdikan diri untuk beribadah. Tetapi cintanya pada si pemuda tersebut tidak pernah lupus. Cintanya berubah menjadi rindu yang berkelana dalam jiwa dan doa-doanya. Tubuhnya menderita didera rindu, dan akhirnya dia meninggal dunia.
Si pemuda tersentak. Itu mimpi buruk. Gadisnya telah pergi membawa semua cintanya. Maka kubur sang gadislah tempat dia mencurahkan rindu dan doa-doanya. Sehingga suatu masa, si pemuda tertidur di atas pusara si gadis itu. Tiba-tiba sang gadis hadir dalam tidurnya, cantik, sangat cantik. Apa kabar? Bagaimana keadaanmu setelah permergianku, tanya sang gadis.
Baik-baik saja. Kamu sendiri di sana bagaimana? jawabnya.
Aku di sini, di syurga abadi, dalam nikmat hidup tanpa akhir. Jawab sang gadis.
Doakan aku, jangan pernah lupa padaku. Aku selalu ingat padamu. Bila aku boleh bertemu denganmu? tanya pemuda lagi.
Aku tidak pernah lupa padamu. Aku selalu berdoa agar Allah menyatukan kita di syurga, teruskanlah melakukan ibadah. Sebentar lagi engkau akan menyusulku..jawab si gadis.
Hanya tujuh malam setelah mimpi itu, sang pemuda pun menemui ajalnya. Atas nama cinta, dia memenangkan Allah atas dirinya sendiri, atas nama cinta pula Allah akan mempertemukan mereka. Cinta kerana Allah, untuk Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah, mengantarkan pemiliknya pada kebahagiaan yang mendalam.
Tidak ada cinta yang mati disini. Semuanya bermuara pada Zat yang Maha Hidup dan Menghidupkan. Cinta di atas cinta, dan adakah yang lebih mulia cintanya dari suatu Zat yang begitu mencintai kita? yang tak pernah meninggalkan kita di saat kita gusar dan bimbang. Cinta, semuanya atas nama cinta, cinta mampu mengangkat manusia menduduki posisi paling agung, ketika manusia mampu menempatkannya pada posisi terhormat di relung hatinya.
Cinta pada Yang Maha Mulia akan membuat seseorang jadi mulia, kerana jiwanya terisi kemuliaan cinta yang hujungnya adalah menjayakan Allah dalam segala hal. Jiwanya tidak akan resah kalau – kalau cintanya ditolak. Cinta yang berlandaskan keyakinan pada Allah yang Maha Sempurna akan membuat dirinya tidak takut akan kenyataan. Apalah erti kehilangan harta, sanak keluarga, bahkan orang yang “dicintai”, jika cinta dan rindunya selalu terpaut pada perjumpaan dengan Sang Maha Kekasih.
Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya. Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam. Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hamba-Nya. Sebaliknya, cinta yang bukan kerana-Nya hanya akan mengundang murka-Nya dan murka makhluk-Nya. Beruntunglah orang yang hanya mencintai Allah saja dalam hatinya, dan mencintai makhluk hanya sekedar mencintai kerana-Nya.
Semestinya kita mencintai seseorang kerana imannya, dan membenci seseorang kerana maksiatnya. Tak selayaknya kepentingan duniawi mengubah arah cinta kita.
Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana. Amin






























Subhanallah……masih adakah perempuan dan laki2 akhir zaman seperti itu?
Wallahualam
salam..mohon copy post ni..cerita ni telah menyedarkan saya yang cinta memang milik Allah..rasa syahdu bila baca cerita ni…moga usaha awak diberkati Allah..bi iznillah!
ni yg dicari2 tp masih x jumpe.. sabar sabar…
salam renungan… nk brtny kpd shbt2lah.. boleh ke klu seorang wanita yang sudah berkahwain ttapi dia menginginkan kaun adam yg lain.. sekadar persoalan.. sbb sblm ni ana ad terbaca dr buku,buku ap x ingat tajuknya,, antara wanita yg akan digolongkan dalam golongan neraka, nauzubillahi min zalik adalah wanita yg sudah brkahwain ttapi masih menginginkan lelaki lain.. adakah kisah ni kisah benar atau apa yg ana faham dr kisah ni adalah berbeza dgn apa yg ana baca.. mohon perkongsian ilmu.. yg dhaif
dlm hidup,kte mgkn pernah tersilap menyintai seseorang..yakinlah kpd Allah di atas setiap apa yg blaku.mgkn ada pengajaran utk diri terus bertaubat nasuha.insya Allah,kita akan menemui hikmahnya
sokong sangat yang ni….bila kita kenal cinta yang Satu,walaupn kita jatuh cinta atau ramai yang jatuh hati kat kita, atau putus cinta,kita takkan sedih kerana cinta..biar la org nak kata kita kebal dgn cinta ke..jual mahal ke..tak ada hati ke..or else…CUMA fitrah manusia memang memerlukan cinta dari seorang insan juga..sentiasa ingat padaNya,nescaya tak kan kita kalah dengan cinta dunia..Dugaan cinta dunia memang pelbagai ragam untuk kita mengenal cinta yang paling Agung…pasti akhirnya kita tetap akan dikurniakan anugerah cintaNya.
benar..
salam renungan… nk brtny kpd shbt2lah.. boleh ke klu seorang wanita yang sudah berkahwain ttapi dia menginginkan kaun adam yg lain.. sekadar persoalan.. sbb sblm ni ana ad terbaca dr buku,buku ap x ingat tajuknya,, antara wanita yg akan digolongkan dalam golongan neraka, nauzubillahi min zalik adalah wanita yg sudah brkahwain ttapi masih menginginkan lelaki lain.. adakah kisah ni kisah benar atau apa yg ana faham dr kisah ni adalah berbeza dgn apa yg ana baca.. mohon perkongsian ilmu.. hamba yg dhaif..