
Apakah dosa yang tidak diampunkan oleh Allah?
Ada satu dosa yang tidak akan diampunkan Allah SWT.
Dosa tersebut adalah dosa syirik.
Firman Allah SWT:
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa menyekutukan Nya dengan sesuatu, dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan sesiapa yang menyekutukan Allah, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh jauhnya.”
(Surah An-Nisa’ ayat 116)
Adapun dosa-dosa selain syirik, sebesar apa pun ia dan berapa banyaknya, InsyaAllah akan diampunkan Allah SWT jika kita bertaubat atau meminta ampun kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh.
Seperti telah diterangkan pada pembahasan Allah Maha Pengampun, orang yang telah membunuh seratus orang pun diampuni Allah SWT dosanya setelah dia bertaubat dengan Taubat Nasuha.
Begitu jugalah dengan dosa-dosa lainnya seperti berzina, mencuri, meminum arak, berjudi dan sebagainya, akan diampuni Allah SWT jika betul-betul bertaubat kepadaNya.

Niat & Cara Melakukan Solat Taubat
Bagaimana tatacara melakukan solat sunat taubat?
Panduan ini akan menerangkan secara langkah-demi-langkah tatacara mengerjakan solat sunat taubat, bacaan istighfar dan doa taubat (dengan bantuan transliterasi rumi)
Ini bererti hanya ada satu dosa yang tidak diampuni Allah SWT, iaitu dosa syirik atau menyekutukan Allah SWT.
Mengenai syirik ini, ada orang yang terang-terangan menyekutukan Allah SWT. Ada yang menyekutukan Allah SWT secara tersembunyi dan ada juga yang menyekutukan Allah SWT tanpa dia sedari.
Menyekutukan Allah SWT misalnya orang yang mengiktikadkan ada tuhan bapa, tuhan ibu dan tuhan anak secara terang-terangan seperti kepercayaan orang orang Kristian.
Begitu juga orang yang menyembah berhala, kononnya dia menyembah berhala itu tidak lain untuk mendekatkannya kepada Allah SWT.
Ada orang yang mempunyai akidah seperti itu.
Firman Allah SWT dalam Surah Az-Zumar ayat 3 yang bermaksud:
Dan orang-orang yang mengambil perlindungan selain Allah, mereka berkata: “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya.”
Orang yang menyekutukan Allah SWT secara sembunyi misalnya orang yang mempunyai fahaman ada yang mengatur alam ini selain Allah SWT. Mereka beranggapan ada yang menjadikan selain Allah SWT.
Begitu juga tentang memberi rezeki, menghidupkan dan mematikan, menurunkan hujan, memelihara, begitu juga tentang memberi manfaat, mudarat, sebagainya.
Banyak lagi contoh lain amalan yang membawa kepada syirik.
Terkadang orang yang melakukannya tidak sedar bahawa dirinya telah melakukan amalan syirik.
Kesimpulannya hanya dosa syirik yang tidak diampuni Allah SWT.
Namun demikian tidaklah tertutup kemungkinan bagi orang yang melakukan syirik itu untuk bertaubat.
Allah SWT tidak mengampuni dosa syirik maksudnya selama orang musyrik itu tidak menukar fahamannya.
Kalau dia sudah menukar fahamannya, dia percaya hanya Allah SWT yang berkuasa, hanya Allah SWT yang menentukan dan menjadikan segala sesuatu, hanya Allah SWT yang patut disembah, setelah itu dia bertaubat atas fahamannya yang menyimpang itu –maka Allah SWT akan mengampunkannya.
Tinggalkan Komen Anda..
terima kasih atas penerangan.. semoga bermanfaat untuk semua amin
Terima kasih penulis atas perkongsian ilmu yang bermanfaat. Semoga Allah memberikan ganjaran pahala yang besar untuk penulis kerana menyampaikan ilmu bermanfaat kepada masyarakat Islam, Aamiinn Ya Allah Ya Mujib
Alhamdulilah sama-sama :-)