ZIKIR PETANG (Panduan Bacaan Rumi)

bacaan zikir petang

Ini adalah panduan bacaan zikir petang.

Bacaan zikir ini disusun secara teratur dan lengkap bagi memudahkan para pembaca mengikutinya.

Apa yang penting:

Zikir ini adalah sahih dari Nabi SAW. Setiap sanad hadis dan sumber dicatatkan di bawah setiap zikir yang dinyatakan untuk pembaca membuat rujukan lanjut.

Semoga panduan ini membantu anda.

Waktu Bacaan Zikir Petang

Bilakah waktu zikir petang?

Zikir di waktu petang dimulai dari tenggelamnya matahari dan berakhir hingga waktu terakhir solat Isyak, iaitu pertengahan malam.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah Ta’ala dalam firman-Nya,

Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu berada di waktu subuh, dan bagi-Nya-lah segala puji di langit dan di bumi dan di waktu kamu berada pada petang hari dan di waktu kamu berada di waktu Zuhur.

(QS. Ruum: 17-18)
1
bacaan zikir waktu petang

A ‘uudzu billaahi minasy syaithoonir rajiim.

Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk.’


2
bacaan zikir waktu petang

Allaahu laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum, laa ta’ khudzuhuu sinatuw wa laa nauum, lahuu maa fis-samaawaati wa maa fil-ardh, man dzalladzii yasyfa’u ‘indahuu illaa bi-idznih, ya’lamu maa baina aidii-him wa maa khalfahum, wa laa yuhiithuuna bisyai-im min ‘ilmihii illaa bimaa syaa’, wasi’a kursiyyuhus samaawaati wal-ardh, wa laa ya-uuduhuu hifzhuhu-maa, wa huwal ‘aliyyul ‘azhiim.

(Dibaca 1x)

“Allah, tidak ada ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya). Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisiNya tanpa izinNya. Dia mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dia tidak merasa berat memelihara keduanya. Dan Dia Maha tinggi lagi Maha Besar.” (QS. Al-Baqarah: 255)

Nota

Rasulullah ﷺ bersabda, “Siapa yang me membacanya ketika petang, maka dia akan dilindungi (oleh Allah dari berbagai gangguan) hingga pagi. Siapa yang membacanya ketika pagi, maka ia akan dilindungi hingga petang.” (HR. AI Hakim, 1: 562)


3
Bacaan Zikir Pagi

Qul huwallāhu aḥad. Allāhuṣ-ṣamad. Lam yalid wa lam yūlad. Wa lam yakul lahū kufuwan aḥad

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.


4
bacaan zikir waktu petang

Allahumma bika amsaynaa wa bika ash-bahnaa wa bika nahyaa wa bika namuutu wa ilaikal mashiir.

(Dibaca 1 kali)

Ya Allah, dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu petang, dan dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu pagi. Dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami hidup, dan dengan kehendak-Mu kami mati. Dan kepada-Mu tempat kembali (bagi semua makhluk) (HR. Tirmidzi)


5
bacaan zikir waktu petang

Allaahumma anta rabbi la ilaaha illaa anta, khalaq-tanii wa anaa ‘abduka wa anaa ‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mastatha’tu. A’uudzu bika min syarri maa shana’tu. Abuu-u laka bi ni’matika ‘alayya wa abuu-u bi dzam-bi. Fagh-firlii fa-innahu laa yaghfirudz dzunuuba illaa anta.

(Dibaca 1 x)

Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku pada-Mu (iaitu aku akan mentauhidkan-Mu) semampuku dan aku yakin akan janjiMu (berupa syurga untukku). Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku. Oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.”

Nota

Zikir ini dibaca sebanyak satu kali. Barang siapa yang mengucapkan zikir ini di siang hari dalam keadaan penuh keyakinan, lalu dia mati pada hari tersebut sebelum petang hari, maka dia termasuk penghuni syurga. Sedangkan bagi mereka yang mengucapkannya di malam hari dalam keadaan penuh keyakinan, lalu dia mati sebelum pagi, maka ia termasuk penghuni syurga. (HR. Bukhari no. 6.306)


6

Allahumma inni amsaytu usy-hiduka wa usy-hidu hamalata ‘arsyika wa malaa-ikatak wa jami’a kholqik, annaka antallahu laa ilaha illa anta wahdaka laa syariika lak, wa anna Muhammadan ‘abduka wa rosuuluk.

(Dibaca 4 Kali)

Ya Allah, sesungguhnya aku di waktu petang ini mempersaksikan Engkau, malaikat yang memikul Arasys-Mu, malaikat-malaikat dan seluruh makhluk-Mu, bahawa sesungguhnya Engkau adalah Allah, tiada Ilah yang berhak disembah kecuali Engkau semata, tiada sekutu bagi-Mu dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan-Mu.”

Nota

Jika kita mengucapkan zikir ini di pagi dan petang hari sebanyak empat kali, maka Allah Ta’ala akan membebaskan kita dari siksaan api neraka. (HR. Abu Daud no. 5.069)


7

Allahumma innii as-alukal ‘afwa wal ‘aafiyah fid dunyaa wal aakhiroh. Allahumma innii as-alukal ‘afwa wal ‘aafiyah fii diinii wa dun-yaaya wa ahlii wa maalii. Allahumas-tur ‘awrootii wa aamin row’aatii. Allahummahfazh-nii mim bayni yadayya wa min kholfii wa ‘an yamiinii wa ‘an syimaalii wa min fawqii wa a’udzu bi ‘azhomatik an ugh-taala min tahtii.

(Dibaca 1 Kali)

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tenteramkanlah aku dari rasa takut. Ya Allah, peliharalah aku dari muka, belakang, kanan, kiri dan atasku. Aku berlindung dengan kebesaran-Mu, agar aku tidak disambar dari bawahku (oleh ular atau tenggelam dalam bumi dan lain-lain yang membuat aku jatuh).


8
bacaan zikir waktu petang

Allahumma ‘aalimal ghoybi wasy-syahaadah faathiros samaawaati wal ardh. Robba kulli syai-in wa maliikah. Asyhadu alla ilaha illa anta. A’udzu bika min syarri nafsii wa min syarrisy-syaythooni wa syirkihi, wa an aqtarifa ‘alaa nafsii suu-an aw ajurrohu ilaa muslim.

(Dibaca 1 Kali)

Ya Allah, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, wahai Rabb Pencipta langit dan bumi, Rabb segala sesuatu dan yang merajainya. Aku bersaksi bahawa tidak ada Ila yang berhak disembah kecuali Engkau. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku, syaitan dan bala tentaranya (godaan untuk berbuat syirik pada Allah), dan aku (berlindung kepada-Mu) dari berbuat keburukan terhadap diriku atau menyeretnya kepada seorang muslim.

Nota

Doa ini diajarkan oleh Rasulullah pada sahabatnya, iaitu Abu Bakar Ash-Shiddiq, agar diamalkan dan dibaca pada pagi, petang, dan saat akan tidur. (HR. Tirmidzi no. 3.392)


9
bacaan zikir waktu petang

Bismillahilladzi laa yadhurru ma’asmihi syai-un fil ardhi wa laa fis samaa’ wa huwas samii’ul ‘aliim.

(Dibaca 3 Kali)

Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Nota

Dengan mengucapkan zikir ini sebanyak tiga kali di pagi hari dan petang hari, insya Allah kita akan terlindungi. (HR. Abu Daud no. 5.088)


10

Rodhiitu billaahi robbaa wa bil-islaami diinaa, wa bi-muhammadin shallallaahu ‘alaihi wa sallama nabiyyaa.

(Dibaca 3 Kali)

Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Nabi.” 


11

Yaa Hayyu yaa Qayyum, bi-rahmatika as-taghiitsu wa ash-lih lii sya’ nii kullahu wa laa takilnii ilaa nafsii tharfata ‘ainin abadan.

(Dibaca 1x)

Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri (tidak memerlukan segala sesuatu), dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekalipun sekelip mata (tanpa mendapat pertolongan dari-Mu).


12

Subhanallah wa bi-hamdih.

(Dibaca 100 Kali)

Maha suci Allah, aku memuji-Nya.

Nota

Barangsiapa yang mengucapkan kalimat ‘subhanallah wa bi hamdih’ di pagi dan petang hari sebanyak 100 x, maka tidak ada yang datang pada hari kiamat yang lebih baik dari yang ia lakukan kecuali orang yang mengucapkan semisal atau lebih dari itu.


13

Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qodiir.

(Dibaca 10 x)

Tidak ada ilah yang berhak disembah selain Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan segala pujian. Dia-lah yang berkuasa atas segala sesuatu.

Nota

Jika kita membaca zikir di atas pada pagi hari sebanyak sepuluh kali, maka Allah Ta’ala akan mencatatkan bagi kita sebanyak 10 kebaikan, menghapuskan 10 kesalahan, serta mendapatkan kebaikan seperti memerdekakan 10 hamba. Allah Ta’ala juga akan melindungi kita dari gangguan syaitan hingga masuk petang hari. (HR. An-Nasai Al-Kubra 6: 10)


14

A’Uudzu bikalimaatillahit-taammaati min syarri maa kholaq.

(Dibaca 3 kali pada waktu petang)

Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakanNya.

Nota

Binatang berbisa pada umumnya adalah haiwan nocturnal, iaitu aktif di waktu malam, seperti kala jengking, lipan, dan sebagainya. Sehingga binatang-binatang ini mulai banyak keluar di petang hari. Jika kita membaca doa ini di waktu petang, maka tidak ada racun atau binatang yang dapat memudaratkan kita di malam itu. (HR. Ahmad 2: 290)

Zikir Pagi & Bacaan Al Mathurat

Selain daripada bacaan zikir petang, anda juga mungkin berminat untuk merujuk panduan bacaan Zikir Pagi dan Al Mathurat.

Kedua-dua bacaan tersebut sangat digalakkan untuk diamalkan pada waktu pagi.

Anda boleh merujuk panduan berikut pada pautan ini:

Penutup

Bacaan wirid, doa, zikir dan istighfar jika dibaca secara konsisten dan istiqamah, insyaAllah akan memantapkan jiwa.

Ini kerana ia dapat mendidik hati agar sentiasa merindui Allah SWT di samping akan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.

Semoga panduan ini memudahkan urusan anda

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
zuriana
zuriana
1 tahun yang lalu

boleh tak usahakan untuk kami download pdf