Adakah Waris Wajib Bayar Hutang Si Mati?

Waris Wajib Bayar Hutang

Adakah waris wajib bayar hutang si mati?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Jika seorang itu meninggal dunia dan dia ada hutang dengan seseorang siapakah yang wajib bayar hutangnya?


JAWAPAN

Apabila ada bagi mayat itu hutang maka hendaklah dibayar hutang tersebut dari harta yang ditinggalkannya sekali pun waris tidak bersetuju kerana waris tidak ada hak ke atas harta melainkan setelah dijelaskan segala hutang mayat.

Tersebut pada kitab Ghayatul Talkhis:

Masalah telah mati seseorang dan atasnya ada berhutang dan meningggalkan akan harta kadar membayar hutang atau lebih banyak tiadalah terlepas dari tanggungannya sampailah dibayar daripadanya.”

(Kitab Ghayatul Talkhis)

Yakni apabila digunakan harta peninggalannya itu buat membayarkan hutang tersebut maka terlepas mayat itu dari hutangnya.

Dan berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :

Sungguhnya pembahagian segala harta pesaka sekeliannya antara segala waris didulukan atasnya pada permulaan oleh menunaikan segala hutang yang bergantung dengan harta peninggalan dan diluluskan segala wasiatnya.”

(Kitab Tafsir Al-Munir)

Maksudnya hendaklah diselesaikan dulu hutang mayat dan segala wasiat jika ada sebelum dibahagikan antara segala warisnya.

Al-Imam Al-Qurtubi berkata :

Dan dengan ijmak jikalau mati seseorang dan atasnya ada hutang nescaya tidak wajib atas walinya menunaikannya dari hartanya.

Maka jika sukarela membayar oleh wali dengan demikian itu nescaya telah terbayar hutang itu daripada mayat.”

(Jami’ Li Ahkam Al-Quran)

Walhasil bila mayat ada meninggalkan hutang dan harta maka wajib dibayar hutang tersebut menggunakan harta mayat bukan harta waris atau orang lain.

Waris disunatkan membayar hutang mayat andainya mayat tidak meninggalkan harta yang cukup buat membayar hutang supaya lepaslah mayat itu dari berhutang.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments