Adakah wanita haid boleh melakukan sujud syukur?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALAN:Adakah perempuan yang sedang haid boleh melakukan sujud syukur?
JAWAPAN:
Antara perkara yang diharamkan ke atas orang yang berhadas samada hadas kecil atau hadas besar adalah solat dan sujud syukur itu sama hukumnya dengan solat iaitu diharamkan juga melakukannya dalam keadaan berhadas.
Berkata Syeikh Ibnu Hajar, yang bermaksud:
Ini satu fasal pada menerangkan hukum apa yang diharamkan sebab hadas iaitu hadas kecil jika disebut secara mutlak.
Maka haram hukumnya dengan sebab berhadas dengan ijmak ulamak melakukan solat dan haram pula yang sama seperti solat iaitu sujud tilawah dan sujud syukur.”
(Kitab Minhajul Qawwim)
Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili, maksudnya:
Haram atas yang berhadas tanpa berwuduk ia solat samada fardu atau sunat dan yang seperti solat yaitu sujud tilawah dan sujud syukur dan khutbah jumaat dan solat jenazah.”
(Kitab Al-Fiqh Al-Islami)
Kesimpulan
Haram bagi perempuan yang sedang haid melakukan sujud syukur sekalipun sudah kering darahnya tetapi belum mandi hadas.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..