
Apakah hukum menambah lafaz wabarakatuh ketika salam dalam solat?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANSaya pernah mendengar seorang yang memberi salam sembahyang mengucapkan assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Adakah sah memberi salam jika dengan tambahan lafaz wabarakatuh seperti itu?
JAWAPAN
Sekurang-kurang lafaz ketika memberi salam ialah ุงูุณูุงู ุนูููู (assalamualaikum) maka jika kurang dari itu nescaya tidak sah salamnya.
Dan lafaz yang paling afdhal ialah ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู (assalamualaikum warahmatullah) kerana mengikut segala hadith-hadith yang datang berkenaan memberi salam.
Berkata Imam Nawawi :
Disunatkan bahawa pada salam sembahyang itu ucapan seperti yang telah lalu.
Inilah yang sahih dan yang benar yang didapati pada segala hadith yang sahih.โ
(Kitab Raudhah At-Talibin)
Akan tetapi jikalau seorang itu memberi salam sembahyang dengan ucapan ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู (assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh) nescaya hukumnya adalah harus.
Telah diriwayatkan daripada Wail bin Hujr r.a. berkata sungguhnya Nabi saw :
Sungguhnya Nabi saw adalah memberi salam pada kanannya ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู dan pada kirinya ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู .โ
(Hadith Abu Daud)
KESIMPULAN
Sekurang lafaz memberi salam sembahyang itu ialah ุงูุณูุงู ุนูููู .
Yang afdhal ialah dengan lafaz ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู .
Dan harus dengan lafaz ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู .
Wallahuaโlam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..