Apakah hukum menambah lafaz wabarakatuh ketika salam dalam solat?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANSaya pernah mendengar seorang yang memberi salam sembahyang mengucapkan assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Adakah sah memberi salam jika dengan tambahan lafaz wabarakatuh seperti itu?
JAWAPAN
Sekurang-kurang lafaz ketika memberi salam ialah السلام عليكم (assalamualaikum) maka jika kurang dari itu nescaya tidak sah salamnya.
Dan lafaz yang paling afdhal ialah السلام عليكم ورحمة الله (assalamualaikum warahmatullah) kerana mengikut segala hadith-hadith yang datang berkenaan memberi salam.
Berkata Imam Nawawi :
Disunatkan bahawa pada salam sembahyang itu ucapan seperti yang telah lalu.
Inilah yang sahih dan yang benar yang didapati pada segala hadith yang sahih.”
(Kitab Raudhah At-Talibin)
Akan tetapi jikalau seorang itu memberi salam sembahyang dengan ucapan السلام عليكم ورحمة الله وبركاته (assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh) nescaya hukumnya adalah harus.
Telah diriwayatkan daripada Wail bin Hujr r.a. berkata sungguhnya Nabi saw :
Sungguhnya Nabi saw adalah memberi salam pada kanannya السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan pada kirinya السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .”
(Hadith Abu Daud)
KESIMPULAN
Sekurang lafaz memberi salam sembahyang itu ialah السلام عليكم .
Yang afdhal ialah dengan lafaz السلام عليكم ورحمة الله .
Dan harus dengan lafaz السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..