Jika tersilap duduk sebelum mengerjakan solat tahiyat masjid, adakah masih boleh bangun balik untuk mengerjakannya?
Ini adalah jawapan dari Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANSetahu saya disunatkan orang yang masuk ke dalam masjid mengerjakan solat tahyat masjid sebelum dia duduk.
Soalan saya jika dia duduk dengan tidak sengaja adakah boleh dia bangun semula untuk buat tahyat masjid?
JAWAPAN
Solat sunat tahiyat masjid disunatkan ke atas seorang yang baru masuk ke dalam masjid dan disyaratkan dia belum lagi duduk.
Jika telah duduk dengan sengaja maka tidak lagi disunatkan atasnya solat tahiyat masjid jika telah lama duduknya.
Begitu juga jika baru lagi dia duduk tidak disunatkan atasnya solat tahiyat masjid mengikut pendapat yang muktamad.
1. Berkata Imam Nawawi:( فرع ) لو جلس في المسجد قبل التحية وطال الفصل فاتت ، ولا يشرع قضاؤها بالاتفاق كما سبق بيانه ، فإن لم يطل الفصل فالذي قاله الأصحاب إنها تفوت بالجلوس فلا يفعلها بعده
2.Telah diriwayatkan daripada Jabir r.a. katanya:Jikalau seorang duduk di dalam masjid sebelum solat tahiyat dan telah lama masanya maka luput solat tersebut dan tidak lagi diqadha akan dia dengan sepakat ulamak sebagaimana telah lalu keterangannya.
Maka jika belum lagi lama duduknya maka yang telah berkata oleh Ashab sungguhnya ia telah luput dengan sebab duduknya itu maka tidak lagi dikerjakannya selepas itu.”
(KItab Al-Majmu’)
جاء سليك الغطفاني يوم الجمعة ورسول الله صلى الله عليه وسلم قاعد على المنبر فقعد سليك قبل أن يصلي فقال له النبي صلى الله عليه وسلم أركعت ركعتين ؟ قال : لا : قال : قم فاركعهما
3. Berkata Imam Nawawi :Telah datang oleh Sulaik Al-Ghitfani r.a. pada hari jumaat dan Rasulullah saw sedang berada di atas mimbar lalu Sulaik pun duduk sebelum dia solat.
Lalu Rasulullah bersabda baginya: Adakah kamu telah solat dua rakaat?
Jawab Sulaik: Belum.
Sabda Rasulullah: Bangunlah dan solat akan keduanya.”
(Hadith riwayat Muslim)
فالذي يقتضيه هذا الحديث أنه إذا ترك التحية جهلا بها أو سهوا يشرع له فعلها ما لم يطل الفصل ، وهذا هو المختار
Maka yang difaham dari hadith ini sungguhnya apabila seorang meninggalkan tahyat dalam keadaan jahil dengannya atau terlupa nescaya diperintah baginya mengerjakannya selama belum lama perceraiannya (duduknya). Inilah pendapat yang dipilih.”
(Syarah Al-Muhazzab)
KESIMPULAN
Orang yang masuk ke dalam masjid disunatkan solat sunat tahiyat masjid sebelum dia duduk.
Orang yang sengaja duduk tidak boleh lagi bangun mengerjakan solat tahiyat masjid samada baru duduk atau sudah lama.
Orang yang terlupa atau duduk dengan tidak sengaja masih boleh mengerjakan solat tahiyat masjid dengan syarat tidak lama duduknya itu.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..