Tersilap Duduk Sebelum Mengerjakan Solat Tahiyat Masjid

Tersilap Duduk Sebelum Solat Tahiyat Masjid

Jika tersilap duduk sebelum mengerjakan solat tahiyat masjid, adakah masih boleh bangun balik untuk mengerjakannya?

Ini adalah jawapan dari Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Setahu saya disunatkan orang yang masuk ke dalam masjid mengerjakan solat tahyat masjid sebelum dia duduk.

Soalan saya jika dia duduk dengan tidak sengaja adakah boleh dia bangun semula untuk buat tahyat masjid?


JAWAPAN

Solat sunat tahiyat masjid disunatkan ke atas seorang yang baru masuk ke dalam masjid dan disyaratkan dia belum lagi duduk.

Jika telah duduk dengan sengaja maka tidak lagi disunatkan atasnya solat tahiyat masjid jika telah lama duduknya.

Begitu juga jika baru lagi dia duduk tidak disunatkan atasnya solat tahiyat masjid mengikut pendapat yang muktamad.

1. Berkata Imam Nawawi:

( فرع ) لو جلس في المسجد قبل التحية وطال الفصل فاتت ، ولا يشرع قضاؤها بالاتفاق كما سبق بيانه ، فإن لم يطل الفصل فالذي قاله الأصحاب إنها تفوت بالجلوس فلا يفعلها بعده

Jikalau seorang duduk di dalam masjid sebelum solat tahiyat dan telah lama masanya maka luput solat tersebut dan tidak lagi diqadha akan dia dengan sepakat ulamak sebagaimana telah lalu keterangannya.

Maka jika belum lagi lama duduknya maka yang telah berkata oleh Ashab sungguhnya ia telah luput dengan sebab duduknya itu maka tidak lagi dikerjakannya selepas itu.”

(KItab Al-Majmu’)
2.Telah diriwayatkan daripada Jabir r.a. katanya:

جاء سليك الغطفاني يوم الجمعة ورسول الله صلى الله عليه وسلم قاعد على المنبر فقعد سليك قبل أن يصلي فقال له النبي صلى الله عليه وسلم أركعت ركعتين ؟ قال : لا : قال : قم فاركعهما

Telah datang oleh Sulaik Al-Ghitfani r.a. pada hari jumaat dan Rasulullah saw sedang berada di atas mimbar lalu Sulaik pun duduk sebelum dia solat.

Lalu Rasulullah bersabda baginya: Adakah kamu telah solat dua rakaat?

Jawab Sulaik: Belum.

Sabda Rasulullah: Bangunlah dan solat akan keduanya.”

(Hadith riwayat Muslim)
3. Berkata Imam Nawawi :

فالذي يقتضيه هذا الحديث أنه إذا ترك التحية جهلا بها أو سهوا يشرع له فعلها ما لم يطل الفصل ، وهذا هو المختار

Maka yang difaham dari hadith ini sungguhnya apabila seorang meninggalkan tahyat dalam keadaan jahil dengannya atau terlupa nescaya diperintah baginya mengerjakannya selama belum lama perceraiannya (duduknya). Inilah pendapat yang dipilih.”

(Syarah Al-Muhazzab)

KESIMPULAN

Orang yang masuk ke dalam masjid disunatkan solat sunat tahiyat masjid sebelum dia duduk.

Orang yang sengaja duduk tidak boleh lagi bangun mengerjakan solat tahiyat masjid samada baru duduk atau sudah lama.

Orang yang terlupa atau duduk dengan tidak sengaja masih boleh mengerjakan solat tahiyat masjid dengan syarat tidak lama duduknya itu.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments