Hukum Tersalah Membaca Quran Kerana Baru Belajar

Tersalah Membaca Quran

Apakah hukum tersalah membaca Quran kerana baru belajar?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Jika seorang itu baru belajar membaca Quran dan belum lagi mahir adakah berdosa jika dia tersalah ketika membaca Quran?


JAWAPAN

Seorang yang sedang belajar membaca Quran tidak berdosa ketika dia tersalah membaca Quran bukan dengan sengajanya kerana dikira sedang belajar akan tetapi wajib dia ulangi membaca dengan betul jika dia telah mengetahui bahawa dia telah tersalah membacanya.

Rasulullah saw telah bersabda:

Orang yang mahir dengan Quran akan bersama dengan para malaikat yang mulia dan orang yang membaca Quran dengan tergagap-gagap kerana kepayahan menyebutnya akan mendapat dua pahala.”

(Hadith Imam Muslim)

Berkata Syeikh Nuh Ali Sulaiman :

Yang wajib atas sekelian orang Islam ialah bersungguh-sungguh belajar sehingga pandai membaca Quran.

Untuk mencapai yang demikian itu mestilah dia bertalaqqi dengan orang yang ahli membaca Quran.

Dan pada zaman sekarang adalah sangat mudah mempelajari Quran kerana ramainya para qari yang sukarela mengajar Quran.

Dan pula banyak di pasaran rakaman Al-Quran bacaan dari qari yang besar-besar.

Maka pada ketika sedang belajar tidaklah dikira berdosa pembaca Quran yang tersalah membaca bukan dengan sengajanya.”

(Fatwa Tafsir Quran)

KESIMPULAN

Setiap orang Islam hendaklah belajar bersungguh-sungguh cara membaca Quran yang betul kerana membaca Quran adalah sangat besar kelebihan di dunia dan teramat banyak pahalanya di akhirat.

Orang yang sedang belajar membaca Quran adalah tidak berdosa kalau dia tersalah menyebut bacaan ayat-ayat Quran kerana dia dikira sebagai orang yang sedang belajar yang diberi kelonggaran hukum.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments