Hukum Menceraikan & Menjatuhkan Talak Ketika Sedang Nifas

Talak Ketika Sedang Nifas

Apakah hukum menceraikan isteri dengan menjatuhkan talak ketika sedang nifas?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Apakah hukumnya suami menceraikan akan isterinya ketika isterinya sedang nifas? Adakah jatuh talak tersebut?


JAWAPAN

Hukum suami menjatuhkan talak ke atas isterinya yang sedang haid atau nifas adalah haram maka berdosa suami tersebut.

Telah menyebut oleh Dr Wahbah Az-Zuhaili:

Maka apabila suami menjatuhkan talak pada ketika sedang haid atau nifas atau pada ketika suci yang menjimak ia padanya nescaya adalah talak itu di sisi pendapat jumhur ulamak ialah haram pada syarak.

Dan pada mazhab Hanafi makruh tahrim dan ialah yang dinamakan sebagai talak bida’ah dan meringkaskan oleh ulamak mazhab Maliki atas perkataan dengan mengharamkan pada haid dan nifas.”

(Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

Sebab diharamkan talak ketika sedang nifas ialah kerana memanjang hitungan iddah perempuan yang ditalak.

Ada pun talak yang dijatuhkan ketika nifas itu berlaku dan sah ia sebagaimana talak ketika haidh.


KESIMPULAN

Haram menceraikan isteri iaitu menjatuhkan talak ketika sedang nifas samada nifas itu sebab melahirkan anak yang cukup bulan atau keguguran atau keluar alaqah atau mudghah sahaja.

Apabila darah nifas telah berhenti maka tidak haram suami talak isterinya sekali pun belum lagi isterinya itu mandi hadas.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

3 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Saya
Saya
3 bulan yang lalu

Adakah sah ketika suami cerai kan isteri dalam pantang? Dan saya sedang keluar darah nifas jugak

Saa
Saa
11 bulan yang lalu

Tp lafaz cerai tu sahkn walaupun haram