Hukum Talak Isteri Sedang Hamil

Talak Isteri Sedang Hamil

Apakah hukum menjatuhkan talak terhadap Isteri yang sedang hamil?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Saya hendak tanya pasal suami yang cerai isterinya masa isterinya sedang hamil.

Adakah ia dibenarkan syarak dan adakah jatuh talak atau tidak jatuh?


JAWAPAN

Hukum suami menceraikan isterinya ketika isterinya sedang hamil adalah harus disisi jumhur ulamak.

Diriwayatkan daripada Anas bin Sirrin yang bertanya akan Abdullah bin Umar r.a. tentang isterinya yang diceraikan ketika haid.

Kata Abdullah bin Umar bapanya telah bertanya akan Rasulullah saw lalu Rasulullah bersabda:

مُرْهُ فَلْيُرَاجِعْهَا، ثُمَّ لِيُطَلِّقْهَا طَاهِرًا، أَوْ حَامِلًا

Suruh dia rujuk kembali kemudian kalau hendak maka diceraikannya ketika sedang suci atau ketika sedang hamil.”

(Hadith riwayat Muslim)

Berkata Imam Nawawi :

قوله صلى الله عليه وسلم : ثم ليطلقها طاهرا أو حاملا فيه دلالة لجواز طلاق الحامل التي تبين حملها وهو مذهب الشافعي ، قال ابن المنذر : وبه قال أكثر العلماء منهم طاوس والحسن وابن سيرين وربيعة وحماد بن أبي سليمان ومالك وأحمد وإسحاق وأبو ثور وأبو عبيد

Dan erti sabdanya ‘kemudian kalau hendak maka diceraikannya ketika sedang suci atau ketika sedang hamil’ itu menjadi dalil bagi harus talak isteri hamil yang telah nyata hamilnya. Ialah mazhab Imam Syafie. Telah berkata oleh Imam Ibnu Al-Munzhir : Dengannyalah berkata kebanyakkan ulamak yang setengah dari mereka itu ialah Thawus dan Al-Hasan dan Ibnu Sirrin dan Rabi’ah dan Hammad bin Abi Sulaiman dan Malik dan Ahmad dan Ishaq dan Abu Tsur dan Abu ‘Ubaid.”

(Kitab Syarah Muslim)

Dan talak atas isteri yang sedang hamil itu jatuh ia dengan ijmak ulamak dengan berdalil hadis di atas tadi.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments