Hukum Takbiratul Ihram Sebelum Berdiri Betul

takbiratul ihram sebelum berdiri

Apakah hukum takbiratul ihram sebelum berdiri betul dalam solat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Jika kita sampai di masjid dan imam sedang rukuk adakah kita wajib berdiri betul dahulu untuk mengangkat takbir sedangkan kita sudah dikira makmum masbuk?

Kalau selepas masuk ke dalam solat kemudian syak adakah masa bertakbir kita sudah berdiri betul atau belum adakah kena takbir semula?


JAWAPAN

Takbiratul ihram adalah rukun solat yang tidak sah solat tanpanya.

Kemudian disyaratkan pula hendaklah ketika mengangkat takbir itu berada di dalam qiam iaitu berdiri tegak pada seluruh ucapan takbir.

Oleh itu jika seorang itu mengangkat takbir sebelum dia berdiri betul seperti sedang berjalan atau melangkah kerana baru masuk ke dalam saf atau sebelah kakinya sudah berhenti di dalam saf dan sebelah lagi sedang terangkat kerana meletakkannya di dalam saf nescaya takbirnya tidak sah sekali pun dia adalah makmum masbuk.

1. Telah berkata Imam Nawawi:

Wajib bahwa takbirratulihram itu dalam keadaan qiam sekira-kira wajib qiam. Dan seperti itu juga makmum masbuk yang mendapat ia akan imam di dalam sujud wajiblah jatuh sekelian huruf takbiratulihram itu pada ketika qiam. Maka jika dia menyebut satu huruf sahaja daripada huruf-huruf takbir bukan ketika qiam nescaya tidak sah solatnya.”

(Kitab Al-Majmu’)

Begitu juga jika dia syak adakah tadinya dia bertakbir ketika qiam atau tidak atau dia syak adakah kesemua huruf takbir telah dia ucapkan ketika qiam nescaya solatnya tidak sah.

2.Telah berkata Syeikh Abu Hamid:

Maka jikalau seorang itu syak adakah berlaku takbirnya sekelian di dalam qiam atau satu huruf daripadanya disebut pada bukan waktu qiam nescaya tidak sah solatnya.”

(Kitab At-Tabsirah)

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments