Memahami Maksud Makmum Masbuk & Muwafiq

makmum masbuk dan muwafiqApakah perbezaan diantara makmum masbuk dan makmum muwafiq?

Artikel ini akan menerangkan secara lengkap mengenai makmum masbuk dan muwafiq, untuk membantu anda memahami hukum dalam solat berjemaah dengan lebih baik lagi.

Semoga panduan ini dapat membantu anda melakukan ibadah solat dengan sempurna.

 

Makmum Masbuk

Makmum masbuk ialah makmum yang tidak sempat solat bersama imam dari awal takbiratulihram.

Ketika makmum mula mengikuti imam, sekurang-kurangnya imam sudah pun membaca al-Fatihah dan makmum tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah apabila imam rukuk.

Sekiranya semasa makmum masuk untuk solat jemaah, imam hampir rukuk atau sedang dalam keadaan rukuk, makmum tadi sempat mendapatkan rakaat tersebut sekiranya makmum:

  1. Terus takbir memulakan solat dengan berniat mengikut imam.
  2. Setelah berdiri sebentar (sekadar bacaan “subhanallah) teruskan rukuk untuk mendapatkan imam.
  3. Sekiranya sempat berdiri seketika bersama imam, makmum perlu terus membaca al-Fatihah sekadar yang sempat dan terus mengikut imam rukuk apabila imam rukuk.

Kecuali apabila makmum membaca bacaan-bacaan sunat seperti doa iftitah dan taawuz atau diam sahaja serta sebelum sempat dia membaca al-Fatihah imam sudah rukuk, maka makmum harus segera membaca al-Fatihah sekadar lama masa  makmum membaca bacaan sunat atau diam tadi dan terus mengikut imam rukuk.

Kesimpulannya, selagi sempat rukuk bersama imam walaupun seketika, makmum dikira mendapat rakaat tersebut.

Sebaliknya, apabila makmum masuk berjemaah ketika imam sudah melepasi rukuk, maka rakaat tadi tidak dikira.

Makmum mesti menambah rakaat yang terkurang itu selepas imam memberi salam.

 

Perkara Yang Perlu Dilakukan Oleh Makmum Masbuk

Makmum yang masbuk sunat membaca bacaan-bacaan sunat seperti doa iftitah dan taawuz sebelum membaca al-Fatihah.

Tetapi apabila makmum berasakan tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah sebelum imam rukuk, maka makmum perlu terus membaca al-Fatihah tanpa didahului oleh bacaan yang sunat.

Bahkan, jika pada waktu itu makmum tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihahnya sedangkan imam telah rukuk, maka makmum perlu mengikut imam walaupun tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah.

Sebaliknya, apabila makmum tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah apabila imam rukuk kerana leka membaca yang sunat, maka makmum perlu meneruskan bacaan al-Fatihah sekira-kira sama panjangnya dengan bacaan sunat yang telah dibacanya.

Sekiranya makmum sempat rukuk serta tamakninah bersama imam ketika imam masih rukuk, maka makmum mendapat rakaat itu.

Sebaliknya apabila imam sudah bangun dan hendak turun sujud dan makmum masih lagi meneruskan bacaannya, makmum perlu berniat berpisah dari imam (mufaraqah) atau solatnya terbatal.

 

Makmum Muwafiq

Makmum muwafiq ialah makmum yang mempunyai cukup masa bersama imam untuk membaca al-Fatihah dengan bacaan yang sederhana.

Jika makmum masih belum selesai membaca al-Fatihah sedangkan imam rukuk, maka makmum perlu menghabiskan bacaan al-Fatihah sebelum rukuk.

Sekiranya makmum sempat menyelesaikan bacaan al-Fatihah sebelum imam melakukan sujud kedua, maka makmum perlu segera rukuk dan seterusnya sehingga sempat bersama imam semula.

Makmum dikira mendapat rakaat tersebut bersama imam.

Sebaliknya, apabila makmum tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah sedangkan imam sudah duduk antara dua sujud, maka makmum perlu terus rukuk dan sebagainya untuk sempat bersama imam.

Makmum masih mendapat pahala berjemaah tetapi rakaat itu tidak dikira.

Oleh sebab itu, makmum mesti menambah rakaat yang kurang itu.

Sekiranya makmum hendak meneruskan bacaan al-Fatihah, maka makmum perlu berniat mufaraqah iaitu berpisah daripada imam dan meneruskan solat bersendirian.

Dalam hal ini, makmum tidak lagi mendapat pahala jemaah.

 

Perkara yang Perlu Dilakukan Oleh Makmum Muwafiq

Makmum yang muwafiq atau yang dapat mengikut imam semasa berdiri sama ada ketika baru masuk mengikut jemaah atau sedang dalam rakaat dan sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah, makmum wajib menghabiskan bacaan al-Fatihah sebelum mengikut imam rukuk.

Apabila makmum sepatutnya sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah tetapi:

  • dia sibuk membaca bacaan-bacaan yang sunat
  • atau mengulangi bacaan al-Fatihah kerana ragu-ragu dengan bacaannya sebelum itu
  • atau imam membaca dengan cepat sehingga dia tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah ketika imam rukuk

.. maka makmum muwafiq dalam kes ini diberi tempoh iaitu belum berlalu tiga rukun panjang* untuk dia menghabiskan bacaan al-Fatihahnya.

Contohnya, makmum masih boleh terus berdiri untuk menghabiskan bacaan al-Fatihah sehingga imam melakukan sujud yang kedua.

Sebelum imam bangkit dari sujud kedua, makmum perlu segera rukuk apabila bacaan al-Fatihahnya telah habis dibaca.

Sebaliknya apabila makmum masih belum selesai bacaan al-Fatihah, makmum boleh berniat mufaraqah dan menunaikan solat seterusnya secara sendirian.

*Rukun yang panjang:

— Rukun yang panjang adalah rukuk dan sujud, iktidal dan duduk di antara dua sujud tidak termasuk sebagai rukun yang panjang.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

62 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Zul
Zul
1 bulan yang lalu

Soalan.imam baca surah al ikhlas pada rakaat kedua selepas baca fatihah.makmun tidak sempat habis baca fatihah.makmun itu terhukum muafiq ke masbuq?..terima kasih

kef
kef
8 bulan yang lalu

salam ustaz. apa hukumnya masbuk yg sempat rukuk bsama imam di rakaat pertama tetapi dia tetap menambah satu rakaat lagi kerana was2 rukuknya tk ckup tomatdinah atau dia sengaja tambah satu rakaat kerana tk sempat baca alfatihah.

kef
kef
Reply to  Muhamad Naim
8 bulan yang lalu

Alhamdulillah terima kasih atas penerangan ini. smoga ramai yg membaca dan mendapat manafaatnya.

Archer
Archer
9 bulan yang lalu

Assalamualaikum Ustaz , saya tengah berwuduk dan masa tu Imam dah habis baca Al Fatihah , masa tu saya gegas pergi masuk saf , masa tu imam tengah baca surah kedua , saya cepat cepat takbir then solat , then saya batalkan sebab terlupa masukkan makmum masa niat , kemudian saya sambung balik niat dan sambung solat , masa saya dalam permulaan Al Fatihah, Imam dah rukuk , so saya terus rukuk walaupun belum habis fatihah , sah kan ustaz sebab saya dikira Masbuk , atau saya patut ulang balik?

Archer
Archer
Reply to  Muhamad Naim
9 bulan yang lalu

Terima Kasih ustaz , lega saya hshs ,👍

Nurulhuda
Nurulhuda
1 tahun yang lalu

Salm ustaz..sy nk brtanya kita dah masbuk dah hgga tahiyat akhir,kita prlu ddk tahiyat akhir sebagaimana imam ke atau kita ddk tahiyat awal..

azam
azam
1 tahun yang lalu

Bagaimana kalau solat maghrib. saya tunggu imam siap baca alfatihah. lepas tu imam tu baca surah pendek, x sempat saya habiskan alfatihah saya. Kena teruskan alfatihah atau rukuk bersama imam. terima kasih.

Faris
Faris
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum, ustaz sy nak bertanya.Adakah boleh jadi kemungkinan pada rakaat pertama seseorang Muafik , Dan pada rakaat ke dua menjadi Masbuk?

sabharun
sabharun
1 tahun yang lalu

ssesaorng menepuk bahu saya untuk masbuq waktu zohor,pada masa itu saya sedang buat solat sunat qobliah rakaat kedua jadi sebagai iman bolihkah saya teruskan solat itu utk solat zohor dgn menukar niat didlm hati ,saya keliru

khalis melaka
khalis melaka
1 tahun yang lalu

saya masbuk untuk solat zohor akan tetapi imam yg saya ikut sedang solat sunat hajat.sy teruskan solat dan tambahkan rakaat yg tidak cukup untuk solat zohor..adakah sah solat saya? adakah sya perlu untuk solat zohor semula?

Fadil Roslan
Fadil Roslan
1 tahun yang lalu

Kalau dirujuk kitab2 bab makmum muafiq dan masbuq ~
Maksud makmum masbuq ialah makmum yang tidak sempat mendapat masa SATU FATIHAH ketika dia berdiri/qiam bersama berdiri/qiam imamnya sama ada pada rakaat pertama, kedua, ketiga atau keempat. Maka makmum tersebut dikira masbuq dan wajib rukuk mengikut imamnya serta tamakninah masa rukuk sebelum imam iktidal.

Makmum muafiq pula ialah makmum yang sempat mendapat masa SATU FATIHAH ketika dia berdiri/qiam bersama berdiri/qiam imamnya sama ada pada rakaat pertama, kedua, ketiga atau keempat. Maka makmum tersebut dikira muafiq dan wajib menghabiskan bacaan fatihahnya sebelum ketinggalan tiga rukun yang panjang (Imam sujud kedua sebelum imam bangkit rakaat seterusnya atau duduk tahiyat awal atau akhir.)

info:
Masa satu fatihah itu dianggarkan oleh ulama bersamaan dalam 25 saat.

Rukun Panjang
Rukuk dan dua sujud.

rukun pendek:
Iktidal dan duduk antara dua sujud.

nano
nano
1 tahun yang lalu

Asalamualaikum, mohon share