Panduan Bacaan Al-Fatihah Dalam Solat (Siri Solat Sempurna)

bacaan al-fatihah

Bagaimana bacaan al-Fatihah yang sempurna dalam solat?

Panduan ini akan menerangkan secara lengkap mengenai bacaan al-Fatihah dalam solat yang betul dan tepat dalam solat.

Soal jawab soalan lazim berkaitan bacaan al-Fatihah dalam solat juga turut disediakan bagi membantu anda.

Pengenalan

Ini adalah bab 4 dari siri panduan solat sempurna.

Untuk bab ini, saya akan menerangkan mengenai rukun solat berkaitan bacaan al-Fatihah dalam solat secara spesifik.

Matlamat panduan ini adalah agar kita semua tahu dan faham mengenai bacaan al-Fatihah dalam solat secara sempurna seterusnya solat kita diterima Allah.

Mari kita mulakan..

Hukum Bacaan al-Fatihah Dalam Solat

surah al fatihah
Surah al-Fatihah

Rukun keempat dalam solat adalah membaca al-Fatihah.

Bacaan al-Fatihah adalah wajib pada tiap-tiap rakaat mengikut tertib.

Dalil kewajipan al-Fatihah:

Hadis daripada Ubadah bin ash-Shamit, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

Tidak sah orang yang tidak membaca surah al-Fatihah.

— Riwayat Bukhari dan Muslim

Rasulullah bersabda:

Sesiapa yang solat suatu solat, tidak membaca di dalamnya surah al-Fatihah, maka ia dikira cacat, ia cacat, ia cacat, iaitu tidak sempurna (tidak sah).

— Riwayat Muslim

Syarat Sah Bacaan al-Fatihah

  1. Membaca dengan tertib susunan ayat surah Al-Fatihah.
  2. Dibaca dengan muwalat iaitu dibaca terus-menerus. Jika berhenti lebih daripada waktu sekadar untuk menarik nafas lalu mengeluarkannya lagi, maka batal bacaannya dan hendaklah diulang semula daripada awal.
  3. Membaca semua ayat surah al-Fatihah termasuklah basmallah dan memelihara harakat dan tajwidnya.
  4. Membaca semua tasydid (bacaan bersabdu) yang ada dalam surah al-Fatihah[1]
  5. Tidak berhenti lama ketika membaca ayat-ayat surah al-Fatihah lebih daripada waktu sekadar untuk menarik nafas lalu mengeluarkannya lagi. Jika dibuat demikian maka batal bacaannya dan hendaklah diulang semula daripada awal.
  6. Membaca ayat-ayat surah al-Fatihah dalam keadaan berdiri (untuk solat fardu jika mampu berdiri).
  7. Sekurang-kurangnya mendengar sendiri bacaan al-Fatihah yang dibaca sendiri[2]
  8. Membaca ayat-ayat surah al-Fatihah dan tidak diselang-seli dengan kalimah (perkataan) lain yang bukan sesuatu yang menjadi kemaslahatan solat.
  9. Membaca surah al-Fatihah dengan niat melaksanakan rukun solat.
  10. Membaca surah al-Fatihah dengan bahasa arab,

Nota Kaki

1 Jika tidak dibaca tasdidnya, maka bacaan lafaz tersebut batal. Jika tidak diulang kembali, maka batal solatnya rukun surah al-Fatihahnya sudah batal.

Jika membaca tasydid pada huruf yang tidak ada tasydid, tidak membatalkan solat atau bacaan jika tidak mengubah makna.

Jika mengubah makna, batal bacaannya sama ada sengaja atau tidak.

Batal solatnya jika tahu dan sengaja

2 Dikecualikan bagi orang pekak.

Hukum Membaca Basmallah Dalam Surah Al-Fatihah

Basmallah adalah salah satu ayat daripada surah al-fatihah.

Menurut mazhab Syafi’e, basmallah merupakan satu sayat daripada surah al-Fatihah, maka tidak sah solat jika tidak membacanya.

Allah berfirman:

Dan sungguh Kami telah berikan kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang berulang-ulang dan al-Quran yang agung.

— Surah al-Hijr ayat 87

Menurut ulama, “tujuh ayat yang berulang-ulang” dalam ayat ini merujuk kepada surah al-Fatihah kerana surah ini mengandungi 7 ayat yang sentiasa dibaca berulang-ulang pada tiap-tiap rakaat solat sama ada fardu atau sunat.

Dan ayat yang pertama dalam surah al-Fatihah ialah basmallah.

Tasydid Dalam Surah al-Fatihah

Tasydid-tasydid yang terdapat dalam surah al-Fatihah ada 14 tempat semuanya.

Kedudukan sabdu yang perlu dijaga dalam surah al-Fatihah

Mengucapkan “Amin” (Berta’min) Selepas Membaca Surah al-Fatihah

Bacaan ta’min hukumnya adalah sunat haiah.

 ﺁمِينُ

Kabulkan permintaan kami, ya Allah!

Dalil mengenai perkara ini disebutkan dalam satu hadis:

Adalah Nabi SAW, ketika selesai daripada pembacaan al-Fatihah, Baginda membaca: Amin(perkenankanlah ya Allah), Baginda menyaringkannya dan memanjangkan suaranya ketika membacanya.

— Riwayat Bukhari dan Abu Dawud

Hendaklah menyaringkan dan memanjangkan suara ketika menyebut “Amin” dan sunat makmum bersama-sama imam mengucapkan “Amin”.

Rasulullah bersabda:

Apabila imam mengucapkan “Amin”, maka kamu bacalah “Amin” kerana sesiapa yang berbetulan sebutan Aminnya dengan Aminya para malaikat, diampunkan dosanya yang telah lalu

— Muttafaq ‘Alaih

Rasulullah juga bersabda:

Sebutlah kamu semua: “Amin”, nescaya Allah akan menyayangi kamu

— Riwayat Muslim dan Abu Awanah

Membaca Surah Selepas Membaca al-Fatihah

Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, maka bacalah surah atau ayat al-Quran pada dua rakaat pertama bagi imam dan bagi orang yang solat bersendirian.

Hukumnya adalah sunat haiah.

Dalilnya daripada al-Barra’ katanya:

Aku mendengar Rasulullah SAW membaca surah at-Tin ketika solat Isyak dan aku tidak pernah mendengar seorang pun yang lebih bagus suaranya atau bacaannya daripada Baginda.

— Muttafaq ‘Alaih

Menyaringkan Bacaan al-Fatihah Pada Solat Tertentu

Disunatkan untuk menyaringkan (memperkuatkan) bacaan surah al-Fatihah dan surah pada kedua-dua rakaat Solat Subuh, Jumaat, Tarawih dan Hari Raya.

Dan pada rakaat pertama dan kedua pada solat Maghrib dan Isyak.

Tetapi diperlahankan bacaan-bacaan tersebut pada solat yang lain.

Hukumnya juga sunat haiah.

Dalilnya adalah daripada Abu Hurairah; beliau berkata:

Adalah Nabi SAW membaca ketika Solat Subuh pada hari Jumaat Alif Lam Mim, Tanzil as-Sajadah dan Hal ata ‘alal Insan

— Muttafaq ‘Alaih

Hadis daripada Abu Hurairah; beliau berkata:

Adalah bacaan Nabi SAW pada waktu malam kadang-kadang Baginda merendah suaranya dan kadang-kadang meninggikannya.

— Riwayat Abu Dawud

Soal Jawab Berkaitan Bacaan al-Fatihah Dalam Solat

Berikut adalah beberapa persoalan yang berkaitan dengan al-Fatihah dalam solat

1. Adakah perlu membaca bismillah ketika membaca surah al-Fatihah dalam solat?

Terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan sama ada bismillah sebahagian daripada surah al-Fatihah ataupun sebaliknya.

Mazhab Syafi’e berpendapat ia sebahagian daripada surah al-Fatihah.

Oleh itu, ia wajib dibaca ketika membaca al-Fatihah dalam solat.

Ini berdasarkan kepada hadis yang dilaporkan daripada Abu Hurairah:

Sekiranya kamu membaca Alhamdulillah, hendaklah kamu membaca bismillahir rahmanir rahim. Ia (al-Fatihah) adalah Ummul Quran dan Ummul Kitab, dan ia mempunyai tujuh ayat. Bismillahir rahmanir rahim adalah salah satu ayatnya.

— Dilaporkan oleh al-Darquthni

2. Bolehkah menggantikan surah al-Fatihah dengan mana-mana surah yang lain?

Membaca surah al-Fatihah termasuk rukun solat.

Oleh itu, tidak sah solat sekiranya menggantikan surah al-Fatihah dengan surah yang lain.

Ini berdasarkan hadis yang direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim, Nabi SAW pernah berkata:

Tidak sah solat siapa yang tidak membaca al-Fatihah

— direkodkan oleh Muslim dalam kitab Sahih Muslim pada bab Solat; Wajib Membaca Al-Fatihah pada Setiap Rakaat

3. Saya baru memeluk Islam. Saya tidak pandai membaca al-Quran dan sukar menghafal surah al-Fatihah. Bagaimana saya mahu solat?

Anda boleh membaca sebahagian daripada surah al-Fatihah yang diingati dan menggantikan baki ayat yang tidak diingati dengan surah lain yang sama jumlah ayatnya ataupun lebih.

Anda juga boleh menggantikan baki ayat-ayat yang tidak diingatinya dengan zikir atau selawat sebanyak selawat ayat ayat yang tertinggal.

Ini berdasarkan kaedah fekah yang menyatakan apa yang tidak dapat dilakukan semuanya dengan sempurna, jangan ditinggalkan semuanya.

Tetapi sekiranya anda belum menghafal satu pun aya daripada surah al-Fatihah, dia boleh membaca surah-surah lain yang mempunyai jumlah ayat yang sama ataupun lebih.

Sekiranya surah-surah al-Quran yang lain juga tidak dapat dihafaz, dia boleh berzikir dan berselawat pada anggaran kebiasaan masa yang diambil untuk membaca al-Fatihah.


4. Bacaan al-Quran mempunyai qiraat yang pelbagai. Adakah harus membaca surah al-Fatihah dalam solat dengan mana-mana qiraat yang disukai?

Berdasarkan muzakarah jawatankuasa fatwa ke-16 yang dijalankan pada 18 Febuari 1986, qiraat yang boleh digunakan adalah bacaan yang masyhur di dunia dan di Asia, iaitu bacaan riwayat Hafsun


5. Sekiranya sebutan huruf dhod dalam surah al-Fatihah dibaca zho, adakah sah solat?

Membaca surah al-Fatihah dengan betul adalah rukun solat yang tidak boleh diabaikan.

Menyebut setiap perkataan dan huruf dengan sempurna dan betul adalah antara syarat bacaan al-Fatihah yang sempurna.

Sekiranya seseorang itu menyebut salah satu daripada huruf-huruf dalam surah al-Fatihah dengan sebutan yang tidak tepat, maka solat tidak sah.


6. Apakah hukum baca al-Fatihah tergesa-gesa. Misalnya, ketika masih menyebut waladhdholin, kita sudah mula membongkokkan badan untuk sujud. Apakah hukumnya?

Antara syarat sah bacaan al-Fatihah dalam solat adalah seluruh ayat surah ini hendaklah dibaca ketika sedang berdiri (qiam).

Mereka membaca al-Fatihah ketika rukuk ataupun rukuk ketika belum sempurna membaca al-Fatihah menyebabkan solat tidak sah kerana mengabaikan rukun membaca al-Fatihah.


7. Apakah hukum sering menghentikan bacaan al-Fatihah kerana batuk ataupun semput? Kadangkala lama diam sebelum kembali menyambung bacaan.

Disyaratkan dalam solat al-Fatihah hendaklah dibaca secara terus-menerus tanpa diam yang lama.

Tetapi dalam keadaan tertentu, seperti batuk ataupun menangis atau sesak nafas, harus berhenti.

Solat yang dilakukan tetap sah.


8. Ketika solat tarawih,saya mendapati imam sering membaca surah al-Fatihah dengan pantas. Kadangkala dengan hanya senafas. Bolehkah begitu?

Bacaan surah al-Fatihah yang paling sempurna adalah dengan berhenti pada waqaf-waqaf yang ditetapkan.

Bagaimanapun, harus seseorang itu membacanya dengan menyambung sebahagian atau seluruh ayat-ayatnya.

Tetapi, bacaan bersambung ini hendaklah dibaca dengan menyambungkan setiap hujung ayat dengan ayat berikutnya.

Sebahagian daripada imam membaca keseluruhan ayat dengan satu nafas tetapi mawaqafkan pada setiap akhir ayat.

Ini cara yang salah.

Nota Rujukan

Rujukan panduan ini adalah:

  1. Praktikal Solat Sempurna, Ustaz Muhadir Haji Joll
  2. Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat, Ustaz Rohidzir Rais
  3. Ensiklopedia Solat A-Z Tentang Solat, Dr. Nik Yusri Musa
  4. Indahnya Hidup Bersyariat, Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid.

Penutup

Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda semua dalam meningkatkan kualiti solat.

Jika ada sebarang persoalan berkaitan topik ini, bolehlah nyatakan hal tersebut pada ruangan di bawah.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

53 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Nina
Nina
27 hari yang lalu

As salam, rukun qauli al fatihah tu kena dgr suara untuk setiap rakaat ke atau hanya rakaat pertama?

Nana
Nana
9 bulan yang lalu

Assalamualaikum ustaz, Alhamdulillahi rabbil ‘alamin. Lilla tu berapa harkat ustaz?

Nana
Nana
11 bulan yang lalu

Ustaz kalau masa baca Al-Fatihah dan tiba2 saya terganggu dgn bunyi bising dan terberhenti sekejap lepastu sambung balik ayat Alfatihah saya tu kira batal ke?

Nana
Nana
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz, saya ada masalah nafas pendek. Masa baca ayat terakhir surah Al-Fatihah saya berhenti tiga tempat.

Siratallazi nak an ‘am ta alaihim
Ghairil maghdubi alaihim
Waladdhallin…

Sah ke solat saya ustaz?

Last edited 1 tahun yang lalu by Nana
Nana
Nana
Reply to  Muhamad Naim
11 bulan yang lalu

Alhamdulillah terima kasih ustaz 😁

Nazre
Nazre
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum..
Boleh saya teruskan jamak Dan Qasar, jika pada mulanya saya niat untuk jamak zohor Dan asar, pada waktu zohor, tapi waktu sya buat solat zohor, saya buat 4 rakaat. Adakah saya Masih boleh teruskan jamak untuk solat asar?

Zainudin
Zainudin
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum. Adakah sujud tilawah bagi makmum yang datang lambat memutuskan muwalat?

Nur
Nur
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum, ingin tanya jika saya ingin telan air liur ketika tengah2 membaca ayat al fatihah adakah memutuskan muwalat? Kerana jika tidak telan air liur di tengah2 membaca ayat al fatihah, agak tidak jelas dan semput… mohon penjelasan

Nur
Nur
Reply to  Nur
2 tahun yang lalu

Begitu juga terbatuk dan terbersin di tengah membaca al fatihah, adakah perlu ulang dari ayat pertama al fatihah?

mohamad marwan
mohamad marwan
2 tahun yang lalu

salam ..nak tanya sikit .. bila kàh kita membaca al fatihah ..untuk makmum ,.. contoh ., bersama imam atau ketika imam membaca surah … tq

mohamad marwan
mohamad marwan
Reply to  Muhamad Naim
2 tahun yang lalu

ok faham …terima kasih ustaz … assalamualaikum

Aqil
Aqil
3 tahun yang lalu

Ustaz, adakah sah jika di ayat kedua alfatihah saya terbaca

Arrahmannir rahim. Berbanding
Arrahmanir rahim

DANIAL
DANIAL
3 tahun yang lalu

assalamualaikum ustaz apa hukum lepas bagi salam 1 lepastu kita berhenti sekejap dan baru bagi salam 2