Masalah Suami Mati Dalam Tempoh Eddah

Suami Mati Dalam Eddah

Suami mati dalam eddah, oleh itu bagaimana dengan status eddah isteri?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Seorang lelaki telah menceraikan isterinya kemudian lelaki itu telah mati sebelum habis eddah isterinya itu.

Adakah kiraan eddah isteri tersebut dengan eddah biasa atau dengan eddah wafat?


JAWAPAN

Jika mati suami ketika isterinya dalam eddah raj’ie dan tidak hamil, maka berpindahlah eddah kepada eddah wafat yaitu selama empat bulan dan sepuluh hari.

Berkata Mufti Jordan Dr Nuh Ali Sulaiman :

Apabila adalah perempuan yang ditalak itu dengan talak raj’ie kemudian mati suaminya sedangkan dia masih dalam eddah maka sungguhnya berpindahlah eddah kepada eddah wafat.

Maka bereddahlah perempuan itu empat bulan sepuluh hari jika tiada ia hamil kerana firman Allah Taala : Dan orang-orang yang meninggal dunia dari kalangan kamu dan meninggalkan isteri-isteri hendaklah menahan diri isteri-isteri itu selama empat bulan sepuluh hari – Al-Baqarah 234.

Dan jika adalah perempuan tersebut hamil maka tidaklah berubah atas eddah kerana sungguhnya ia atas apa kelakuan selesai eddah dengan melahirkan anak.”

Maksudnya jika perempuan yang diceraikan itu sedang beredah dengan tiga kali suci misalnya lalu mati suaminya sebelum berlalu tiga kali suci nescaya berpindahlah eddah kepada eddah wafat.

Maka perempuan tersebut wajib bereddah dengan eddah baru iaitu selama empat bulan sepuluh hari.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments