Siapakah Suami Di Akhirat Jika Isteri Berkahwin Lebih Dari Seorang Di Dunia?

Suami Di Akhirat

Siapakah suami di Akhirat jika isteri berkahwin lebih dari seorang di dunia?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Andainya seorang wanita berkahwin dengan lebih dari seorang suami di dalam dunia, maka di akhirat nanti siapakah yang akan menjadi suaminya?


JAWAPAN

Sebahagian ulamak berkata jika ada bagi seorang perempuan dua orang suami atau lebih di dalam dunia maka di dalam syurga nanti yang akan menjadi suaminya adalah yang paling baik dengan isterinya.

Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a. katanya:

Ada wanita dikalangan kami yang berkahwin dengan dua orang suami dan ada yang tiga dan ada yang empat kemudian dia meninggal dunia dan masuk akan syurga dan masuk juga semua suaminya ke dalam syurga. Siapakah yang akan menjadi suaminya dari mereka itu?

Sabda Nabi saw: Wahai Ummu Salamah sungguhnya dia akan membuat pilihan maka dia akan memilih yang paling baik akhlaknya.”

(Riwayat At-Tabarani pada kitab Mu’jam Awsath)

Dan sebahagian ulama berkata yang akan menjadi suaminya ialah yang paling akhir berkahwin dengannya.

Diriwayatkan daripada Abu Dard’ r.a. Nabi saw bersabda:

Mana-mana perempuan yang matilah suaminya kemudian dia kahwin akan suami yang lain maka perempuan itu adalah bagi suaminya yang terakhir itu.”

(Hadith At-Tabarani)

Dan diriwayatkan dari Huzaifah r.a. berkata ia bagi isterinya:

Jikalau kamu suka aku menjadi suamimu di dalam syurga maka jangan kamu berkawhin selepas kematianku maka sungguhnya isteri di dalam syurga itu bagi suaminya yang terakhir di dalam dunia.”

(Kitab Qasashul Anbiya’ Ibnu Kathir)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments