Hukum Solat Pakai Telekung Sutera (Wanita)

Solat Pakai Telekung Sutera

Apakah hukum solat pakai telekung sutera bagi wanita?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Saya ada mendengar satu ceramah yang menyebut bahawa perempuan yang sembahyang memakai telekung yang dibuat dari sutera adalah tidak sah kerana ia adalah najis.

Mohon keterangan dari ustaz adakah benar tidak sah solat pakai sutera.


JAWAPAN

Hukum kaum perempuan memakai sutera adalah harus samada di luar sembahyang atau di dalam sembahyang.

Ini adalah kerana telah ijmak ulamak bahawa orang perempuan halal memakai sutera

Dan hadith-hadith yang menyebut tentang ini tidak mengaitkan halal memakai sutera bagi perempuan dengan mana-mana tempat atau masa maka di mana sahaja dan bila sahaja perempuan memakai sutera adalah halal.

Berkata Syeikh Al-Bajuri:

Dan halal bagi perempuan memakai sutera dan menjadikan sebagai tempat duduk.”

(Hasyiah Al-Bajuri)

Ada pun perkataan tidak sah dipakai sutera dalam sembahyang sebab ia adalah najis adalah lemah kerana Nabi saw telah menghalalkannya dalam sabdanya:

Telah diharamkan memakai sutera dan emas atas lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi perempuan dari umatku.”

(Hadith Imam Tirmizi)

Dalam hadith ini jelas Nabi saw telah menghalalkannya yakni jika sutera itu najis maka tidak akan dihalalkannya samada dalam sembahyang atau diluar sembahyang.

Maka menghalalkannya itu menunjukkan atas sucinya.


KESIMPULAN

Harus orang perempuan memakai telekung untuk sembahyang yang diperbuat dari sutera dan sembahyangnya itu adalah sah.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments