Apakah hukum perempuan haid sujud syukur?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANAdakah harus jika seorang perempuan yang sedang haid apabila mendengar suatu berita yang menggembirakannya melakukan sujud syukur?
JAWAPAN
Diantara perkara yang diharamkan ke atas perempuan yang haid dan nifas ialah sujud syukur kerana sujur syukur itu sama seperti sembahyang.
Maksud sama dengan sembahyang itu ialah sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang hendak sembahyang suci dari hadas besar dan hadas kecil maka diwajibkan juga ke atas orang yang hendak sujud syukur suci dari hadas besar dan hadas kecil.
Berkata Imam Nawawi :
قَالَ أَصْحَابُنَا وَفِي مَعْنَى الصَّلَاةِ سُجُودُ التِّلَاوَةِ وَالشُّكْرِ فَيَحْرُمَانِ عَلَى الْحَائِضِ والنفساء كما تحرم صلاة الجنازة لان الطَّهَارَةَ شَرْط
Telah berkata Ashab kami dan menyamai hukum solat itu ialah sujud syukur dan sujud tilawah. Maka diharamkan sujud syukur dan sujud tilawah ke atas perempuan yang haidh dan nifas sebagaimana diharamkan solat jenazah kerana sungguhnya suci itu menjadi syarat.”
(Kitab Al-Majmu’)
Kesimpulannya perempuan yang haid itu haram melakukan sujud syukur melainkan setelah kering darahnya dan setelah dia mandi hadas.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..