
Apakah perbezaan air mani dan air mazi?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANJika keluar cecair dari kemaluan tetapi ragu adakah air mani atau air mazi adakah wajib mandi?
JAWAPAN
Air mani dapat dikenali dengan sifatnya yang berwarna keruh manakala air mazi pula jernih.
Dan air mani itu sifatnya kasat manakala air mazi itu sifatnya licin.
Berdasarkan sifat-sifat ini boleh dikenali adakah ia mani atau mazi.
Jika mani maka wajib mandi hadas dan jika mazi maka wajib dibasuh dan berwuduk jika hendak solat.
Tetapi jika ragu hendak menentukan yang mana satu kerana kesamaran sifatnya maka boleh diputuskan antara mani atau mazi.
Jika diputuskan mani maka wajib mandi hadas dan sebaliknya jika diputuskan mazi maka wajib basuh dan berwuduk.
Telah berkata oleh Syeikh Bujairimi :
Maka jika berkemungkinan keadaan cecair yang keluar itu mani atau lainnya seperti wadi atau mazi nescaya boleh memilih antara keduanya atas qaul yang muktamad.
Maka jika ditentukannya sebagai mani nescaya hendaklah ia mandi atau ditentukannya mazi maka hendaklah dia berwuduk dan membasuh apa yang mengenainya dari kerana sungguhnya apabila dia menghendaki salah satu dari keduanya nescaya lepaslah dari yang satu lagi secara yakin.”
(Kitab Hasyiah Jamal)
KESIMPULAN
Jika diragui cecair yang keluar itu adakah ia air mani atau mazi maka hendaklah dipilihnya salah satu iaitu jika dihukumkan sebagai mani maka wajib dia mandi hadas.
Dan sebaliknya jika ditentukan sebagai mazi maka wajib atasnya wuduk dan membasuhnya kerana mazi itu najis ia.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum ustaz, saya duduk tgk youtube(cerita pasal cara main game dan bukan cerita tak elok yg boleh naikkan syahwat dan takde kene mengena langsung dengan tak elok tu) .Lalu, saya ade rasa air mengalir dalam saluran kemaluan saya , saya tengok air tu tak keluar dari muncung kemaluan , ia hanya mengalir kat dalam je. Tp cecair tu bukan dari ciri2 air mani,wadi dgn mazi . Tiba2 kemaluan saya keras sendiri yg menyebabkan dia tegang lepastu muncung dia terbukak sedikit lepastu kena underpants.(cecair tu lekat kat underpantss bukan sbb dia terpancut tapi sbb underpants tu sentuh permukaan kawasan dalam kemaluan. Apa hukum dia
Assalam ustaz, saya nak tanya, saya masih lagi dalam keraguan antara mani atau mazi. Sebab nak kata mani, takda pon mimpi atau syahwat yang kemuncak. Cuma terpikir yang sedikit shj. Tapi pernah dengar orang kata kalau mimpi atau tak mimpi ke, kalau keluar, wajib mandi wajib. Kalau nak kata mazi pula, cecair tu dah melekat dan kering dekat seluar dalam saya masa saya cek ketika nak mandi biasa. Keadaan ketika kering tu berwarna putih dan sedikit sahaja di beberapa tempat dekat seluar dalam saya. So saya tak tahu itu air apa? So apa penyelesaiannya ustaz? Patutkah saya pilih antara satu? Bagaimana klau saya pilih mazi sedangkan ia mani?
Wassalam
Jalan yang paling selamat adalah awak mandi wajib sahaja untuk menghilangkan keraguan tersebut ?