Hukum Pakai Tudung Nampak Leher

Pakai Tudung Nampak Leher

Apakah hukum pakai tudung nampak leher?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Apakah hukumnya fesyen zaman sekarang dimana perempuan yang memakai tudung dengan hanya menutup kepalanya kemudian ekor tudung itu dililit ke lehernya atau dililit di kepalanya di mana boleh dilihat sebahagian lehernya terbuka atau nampak bahagian dada pada belahan leher bajunya?


JAWAPAN

Memakai tudung adalah setengah dari kesempurnaan menutup aurat perempuan iaitu sekelian badan melainkan wajah dan dua pergelangan tangannya.

Perintah memakai tudung oleh Allah Taala yang disuruh syarak ialah dengan tudung yang menutup rambutnya dan lehernya dan kepalanya dan tengkuknya dan dua telinganya dan dadanya dari dilihat orang.

Firman Allah Taala:

Dan hendaklah kaum perempuan memakai tudung mereka atas segala dada mereka.”

(An-Nur : 31)

Maksudnya tudung yang wajib dipakai itu ialah tudung yang bukan sahaja menutup kepala dan rambut serta telinga tetapi juga tudung itu menutup belahan baju pada dadanya dan lehernya.

Berkata Imam Al-Baghawi:

Firman Allah ‘على جيوبهن’ itu ialah segala dada mereka supaya menutup dengan demikian itu akan segala rambut mereka dan dada mereka dan leher mereka dan segala perhiasan pada telinga mereka.”

(Tafsir Al-Baghawi)

Amalan memakai tudung tapi menampakkan leher dan dada melalui belahan baju itu adalah amalan perempuan zaman jahiliyah.

Berkata Imam Fakhrurrazi :

Berkata para ulamak tafsir : Sungguhnya perempuan-perempuan jahiliyah adalah mereka itu melabuhkan tudung mereka itu dari pihak belakang manakala bahagian hadapan dada mereka terbuka menampakkan leher bersama kalung-kalung mereka.

Maka diperintahkan mereka memakai tudung atas dada mereka supaya menutup dengan demikian itu akan leher mereka dan tengkuk mereka dan dan sekitarnya termasuk rambut dan perhiasan pada telinga tempat menyangkut perhiasannya.”


Kesimpulannya

Perempuan yang memakai tudung yang menututp rambut dan kepalanya tetapi lehernya atau telinganya atau dadanya tidak ditutup adalah dikira perempuan yang tidak menutup aurat.

Maka dia berdosa sekali pun baginya sudah memakai tudung dan begitu juga turut sama berdosa suaminya atau bapanya apabila tidak melarang.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Contri
Contri
10 bulan yang lalu

Assalamualaikum , saya baru baru ini terlintas juga untuk cari apakah hukum untuk orang yang memakai baju ketat tetapi bertudung , ataupun seperti viral di tiktok dalam beberapa bulan lepas , istilah “Jilb**b” ini berleluasa kerana berhijab / berjilbab tetapi tidak menutup aurat dengan lengkap , memang jelas berdosa sebab menunjukkan aurat tetapi adakah mereka semua ini termasuk menghina syariat Islam (saya rasa ya) , dan jika termasuk adakah mereka ini dihukum kufur ? , bagaimana dengan penonton yang suka melihat mereka mereka ini , adakah termasuk mempersendakan dan menghina agama juga . dan lagi satu saya nak tanya , agak penting juga , dari mana datang nama Azazil ini , menurut pendakwah Firdaus Wong, Tidak ada sumber yang kuat dari teks agama (Taurat, Injil, al Quran dan Hadis) mengatakan nama iblis asalnya Azazil dan dia adalah ketua malaikat kecuali dari pendapat Ibnu Abbas.[1] Adapun perkataan Azazil terdapat di dalam Tanakh (Taurat) tetapi ia tidak mengisyaratkan kepada iblis. Dan apa saya tahu Iblis laknatullah ni dari kalangan Jin dan jin dicipta dari Api . dan akhir sekali , kalau nak tepis was was yang sangat dasyat , kalau macam , tepis buat buat dek je sahaja bolehkah dan apa hukum kalau cakap yang buat tak tau je dekat syaitan laknat tu atau buat buat x wujud , adakah seperti menidakkan kewujudan syaitan laknatullah ni dan adakah terbatal iman kalau cakap macam ni padahal niat untuk tepis was was yang menggila dalam kepala dan memang yakin dan percaya akan kewujudan syaitan laknat ini.

kalau saya tepis semua was was dengan buat buat x dengar adakah diperbolehkan walaupun lintasan itu menghina agama , Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW,atau adakah kena tepis juga dengan counter was was itu setiap kali terlintas , sebab saya tau yang ni semua was was menghina ni memang bukan saya , sebab setiap kali tepis ia seperti berevolusi , ada je was was variasi baru yang terlintas yang dasyat selepas saya counter banyak lintasan. ni memang kerja setan laknat ni , bolehkah kalau saya serahkan semua pada Allah SWT , lawan was was tu dengan abaikan sahaja buat buat tak dengar sebab dah tahu memang bukan saya walaupun ia terlampau dasyat ,dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Means kalau terlintas pun saya tak layan dan abaikan sahaja sebab banyak sangat lintasan yang saya boleh jadi gila rasanya sebab terlampau melayan dan setan ni naik lemak , saya just nak cara yang boleh eliminate was was ni terus . ouh ya dan apa hukum kalau pertikaikan ujian yang Allah bagi , kadang kadang terlintas dalam kepala dan saya yakin itu was was, dan juga memang Allah yang tentukan segalanya sepeti Qada dan Qadar , tetapi pilihan baik atau buruk itu ialah pilihan makhluk dan setiap pilihan ada kifarah dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak bukan?

akhir sekali , saya ni memang nak elak dari memakai simbol agama lain , tapi haritu saya ada terbeli kit gundam tapi bila tengok shield dia risau cam lambang salib pula , dia seperti bintang , tapi macam tak tahulah salib ke apa tapi nampak cam salib saya nak bagi gambar tapi sini rasa tak boleh bagi gambar jadi saya hanya bagi nama untuk kedua model gundam itu iaitu HG RX78 Gundam dan juga HG Beguir Pente , boleh ustaz tolong tengokkan adakah shield diorang ni menyerupai Salib dan apakah hukumnya , adakah akan merosakkan akidah dan iman jika saya masih menyimpannya , setakat ni belum complete tapi takut lah kalau pakai lambang agama lain , camner ustaz boleh tolong jelaskan isu ni? jadi was was jadinya , dia hanyalah shield tapi similarity bentuk dia dengan salib tu buat saya was was , dan lagi lagi HG Beguir Pente tu macam ada vibe vibe european lagi membuatkan saya gelisah sama ada nampak macam salib ke tidak pada pandangan saya , risau la takut akan akidah saya ni

Last edited 10 bulan yang lalu by Contri
Contri
Contri
Reply to  Contri
10 bulan yang lalu

Berkenaan topik soalan pertama itu saya nak tambah , bagaimana hukum untuk orang yang bernafsu tengok benda benda ni dan suka tengok benda ni , adakah ini termasuk seperti support menghina islam , walaupun rasanya mereka ini tengok kerana nafsu serakah mereka dan takda niat nak menghina