Bagaimana Nifas Wanita Yang Bersalin Secara Pembedahan?

Nifas Wanita Bersalin Pembedahan

Bagaimana status darah bagi wanita yang melahirkan anak bukan dari faraj atau kemaluannya?

(iaitu melalui pembedahan)

Orang yang melahirkan anak secara pembedahan biasanya bayi itu dikeluarkan dari perutnya.

Sebenarnya ulama-ulama kita berijtihad dan berusaha dengan sungguh-sungguh untuk memikirkan segala sesuatu yang berlaku, padahal masalah ini belum ada terjadi di zaman Rasulullah SAW.

Diantaranya termasuklah memikirkan dan mencari hukum orang yang melahirkan bukan dari kemaluannya.

Dalam bab masalah melahirkan anak, pada kebiasaannya apabila bayi lahir dari kemaluan wanita, darah akan turut mengiringinya. Bahkan darah akan berterusan keluar sehingga empat puluh hari.

Adakah Wanita Yang Melahirkan Anak Melalui Pembedahan Mempunyai Nifas?

Bagaimana jika bayi dikeluarkan dari perut, bukan dari tempat biasa?

Dalam keadaan seperti ini, mungkin darah tidak ada keluar dari kemaluan wanita yang bersalin secara pembedahan itu.

Sedangkan yang kita semua tahu, setiap orang yang baru bersalin dianggap nifas, yang diistilahkan dengan masa berpantang.

Kalau begitu, bagaimana status wanita yang bersalin secara pembedahan?

Ulama’ Mujtahid berkata:

Apabila anak keluar dari perut, dan darah tidak ada keluar dari kemaluan, bererti wanita yang baru bersalin atau baru dibedah itu dalam keadaan suci.

Suci dalam erti kata boleh mengerjakan solat, boleh berpuasa, boleh bersetubuh dengan suaminya dan sebagainya.

Kata mereka lagi:

Apabila anak dikeluarkan secara pembedahan dan darah tidak ada keluar dari tempat biasanya (kemaluan), maka ibunya dianggap suci dan tidak nifas.

Begitu juga kalau keluar darah dari tempat yang dibedah atau yang luka itu, ibunya dianggap suci.

Begitu juga kalau keluar dari anggota tubuh lainnya, ibunya dianggap suci dan tidak dianggap dalam keadaan nifas.

Tetapi kalau darah keluar dari faraj orang yang dibedah itu, maka yang demikian dianggap sebagai darah nifas.

Wallahuaklam.


Berkaitan:

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments