Apakah hukum menamakan haiwan peliharaan dengan nama manusia?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANBoleh atau tidak kita namakan haiwan peliharaan kita dengan nama orang?
JAWAPAN
Hukum menamakan haiwan samada haiwan peliharaaan atau yang lepas liar dengan nama manusia adalah tidak diharuskan kerana Allah memerintahkan dengan memuliakan keturunan manusia.
Berkata Syeikhul Azhar Dr Ahmad Tayyyib:
Maka sungguhnya tidak harus pada syarak menamakan haiwan dengan nama-nama seseorang dari kerana bahawasanya manusia itu sungguhnya telah memuliakannya oleh Allah Taala pada firman-Nya: “Dan sungguhnya Kami telah muliakan keturunan Adam dan Kami mudahkan bagi mereka perjalanan di laut dan di darat dan Kami rezekikan mereka itu dari rezeki yang baik-baik dan Kami telah lebihkan akan mereka itu atas kebanyakkan daripada makhluk Kami dengan kelebihan yang banyak” Al-Israk ayat 70.”
(Darul Ifta Mesir)
Dan harus menamakan haiwan dengan nama-nama benda seperti nama bunga dan nama laut dan nama pokok dan seumpamanya.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..