Hukum Mandi Hadas Tanpa Wuduk Terlebih Dahulu

Mandi Hadas Tanpa Wuduk

Bolehkah mandi hadas tanpa wuduk terlebih dahulu?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Adakah boleh seorang yang mandi hadas besar mengerjakan solat tanpa mengambil wuduk?


JAWAPAN

Apabila seorang itu ada dua hadas yaitu hadas besar dan hadas kecil kemudian dia melakukan bersuci dari hadas besar nescaya hadas kecilnya itu turut terangkat sama.

Maka sah dia kerjakan solat tanpa diwajibkan lagi mengangkat hadas yang kecil iaitu berwuduk akan tetapi disunatkan ke atasnya mengambil wuduk juga.

1. Berkata Imam Taqiyuddin Ad-Dimasyqi:

Apabila berhimpun atas seseorang itu hadas kecil iaitu wuduk dan hadas besar iaitu mandi maka padanya berlaku khilaf.

Pendapat yang sahih yang difatwakan dengannya memadai baginya oleh mandi sekelian badannya dengan niat mandi dan tidak wajib atasnya menghimpunkan antara wuduk dan mandi dan tiada perlu tertib pada yang demikian itu.”

(Kitab Kifayatul Akhyar)
2. Dan berkata Imam Suyuthi :

Apabila berhimpun dua perkara dari jenis yang sama dan tiada bersalahan oleh tujuan keduanya nescaya masuklah salah satunya pada yang satu lagi secara ghalib.

Maka setengah dari furu’ yang demikian itu apabila berhimpun hadas kecil dan janabah nescaya memadai oleh mandi atas pendapat mazhab sebagaimana berhimpun oleh janabah dan haidh.”

(Kitab Al-Asybah Wa Nazha_ir)

Kesimpulannya siapa mandi hadas maka tidak wajib lagi dia berwuduk untuk solat atau seumpamanya.

Akan tetapi jika dia mengambil wuduk sahaja tanpa mandi hadas nescaya dia masih berhadas besar dan tidak boleh mengerjakan solat.

Dan yang afdhal ialah dia melakukan kedua-duanya iaitu melakukan wuduk dan mandi kerana mengikut perbuatan Rasulullah saw yang mengambil wuduk dahulu kemudian mandi hadas.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments