Hukum Mandi Hadas Tanpa Wuduk Terlebih Dahulu

Mandi Hadas Tanpa Wuduk

Bolehkah mandi hadas tanpa wuduk terlebih dahulu?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Adakah boleh seorang yang mandi hadas besar mengerjakan solat tanpa mengambil wuduk?


JAWAPAN

Apabila seorang itu ada dua hadas yaitu hadas besar dan hadas kecil kemudian dia melakukan bersuci dari hadas besar nescaya hadas kecilnya itu turut terangkat sama.

Maka sah dia kerjakan solat tanpa diwajibkan lagi mengangkat hadas yang kecil iaitu berwuduk akan tetapi disunatkan ke atasnya mengambil wuduk juga.

1. Berkata Imam Taqiyuddin Ad-Dimasyqi:

Apabila berhimpun atas seseorang itu hadas kecil iaitu wuduk dan hadas besar iaitu mandi maka padanya berlaku khilaf.

Pendapat yang sahih yang difatwakan dengannya memadai baginya oleh mandi sekelian badannya dengan niat mandi dan tidak wajib atasnya menghimpunkan antara wuduk dan mandi dan tiada perlu tertib pada yang demikian itu.”

(Kitab Kifayatul Akhyar)

2. Dan berkata Imam Suyuthi :

Apabila berhimpun dua perkara dari jenis yang sama dan tiada bersalahan oleh tujuan keduanya nescaya masuklah salah satunya pada yang satu lagi secara ghalib.

Maka setengah dari furu’ yang demikian itu apabila berhimpun hadas kecil dan janabah nescaya memadai oleh mandi atas pendapat mazhab sebagaimana berhimpun oleh janabah dan haidh.”

(Kitab Al-Asybah Wa Nazha_ir)

Kesimpulannya siapa mandi hadas maka tidak wajib lagi dia berwuduk untuk solat atau seumpamanya.

Akan tetapi jika dia mengambil wuduk sahaja tanpa mandi hadas nescaya dia masih berhadas besar dan tidak boleh mengerjakan solat.

Dan yang afdhal ialah dia melakukan kedua-duanya iaitu melakukan wuduk dan mandi kerana mengikut perbuatan Rasulullah saw yang mengambil wuduk dahulu kemudian mandi hadas.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

4 komentar pada “Hukum Mandi Hadas Tanpa Wuduk Terlebih Dahulu”

  1. Assalamualaikum ustaz, saya nak bertanya tentang mandi wajib. Masa mandi wajib saya ada pakai cincin dan saya terlupa nak buka. Selepas mandi wajib dan ambil wuduk, saya pun solat. Lepas solat saya baru teringat saya ada pakai cincin semasa mandi dan ambil wuduk, jadi bila angkat sikit cincin tu saya rasa tempat tu dah basah. Adakah mandi dan wuduk saya sah? Atau saya perlu ulang sebab ada benda yang halang air?

    Balas
    • Waalaikumussalam Puan Mia.

      Cincin tidak menyebabkan mandi wajib atau wuduk menjadi tidak sah dengan sendirinya. Perkara yang penting ialah air sampai ke kulit di bawah cincin.

      Berdasarkan keterangan puan bahawa bahagian di bawah cincin itu sudah basah, insya-Allah mandi wajib dan wuduk puan sah. Solat tidak perlu diulang hanya kerana keraguan tersebut.

      Namun, jika cincin agak ketat, sebaiknya gerakkan atau tanggalkan ketika mandi wajib dan berwuduk supaya air benar-benar sampai ke kulit. Hanya jika puan benar-benar yakin—bukan sekadar ragu—bahawa terdapat bahagian kulit yang kekal kering dan tidak terkena air, barulah perlu menyempurnakan semula bersuci dan mengulang solat yang dilakukan dengannya.

      Wallahu a‘lam.

      Balas
      • Lagi satu ustaz, katakan sebelum mandi tu ada najis pada badan. Masa mandi wajib tak ingat ada najis tu Dan yakin sudah ratakan air pada seluruh badan. Jadi perlu ke kita check lagi ada atau tidak najis tu? Masih sah ke mandi tu?

        Balas
        • Waalaikumussalam Puan Mia.

          Jika puan memang mengetahui terdapat najis pada badan sebelum mandi, najis tersebut perlu dihilangkan dan air mesti sampai ke kulit.

          Namun, berdasarkan keadaan yang puan nyatakan, puan yakin air sudah diratakan ke seluruh badan dan tidak mengetahui ada kesan najis yang masih tertinggal selepas mandi. Oleh itu, mandi wajib puan dikira sah dan puan tidak perlu memeriksa semula badan hanya kerana keraguan yang timbul kemudian.

          Hanya jika puan benar-benar menemui kesan najis atau benda yang masih melekat sehingga menghalang air sampai ke kulit, barulah ia perlu dibuang dan bahagian tersebut dibasuh. Jika tiada bukti seperti itu, abaikan keraguan dan tidak perlu mengulang mandi atau solat.

          Wallahu a‘lam.

          Balas

Tinggalkan Komen Anda..