
Jika syak keluar angin kentut masa solat, adalah kena berhenti solat?
Apakah status solat tersebut, adakah batal?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANDalam sebuah hadis yang menyebut jika sedang solat dan rasa macam kentut maka solat tidak batal sehingga dengar bunyi kentut atau baunya.
Soalan saya kalau seorang itu kentutnya tidak berbunyi dan tidak berbau adakah tidak batal solatnya?
JAWAPAN
Telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid r.a. katanya:
Telah diadukan kepada Nabi saw masalah seorang lelaki yang sering merasa sesuatu hadas berlaku ketika solat.
Maka Nabi saw berkata: Jangan berpaling (berhenti) dari solat sehingga mendengar ia akan bunyi atau bau.”
(Hadith Muslim)
Maksudnya jika seorang sedang solat kemudian merasa syak adakah dia sudah kentut atau belum maka teruskan sembahyang kerana tidak ada buktinya bahawa dia telah keluar angin.
Tetapi jika ada baginya bukti seperti bunyi atau bau maka hendaklah dia berhenti dari solatnya.
Disebutkan dalam hadith sampailah mendengar bunyi kentut atau mencium bau kentut itu ialah atas jalan ghalib sahaja.
Oleh kerana itu jika YAKIN seorang sudah kentut tetapi tidak mengeluarkan bunyi dan tidak mengeluarkan bau nescaya solatnya telah batal kerana tidak disyaratkan batal pada masalah keluar angin hanya dengan bunyi atau bau.
Berkata Imam Nawawi :
Dan tidak disyaratkan mendengar bunyi kentut dan berbau dengan ijmak sekelian Muslimin.”
(Kitab Syarah Sahih Muslim)
Berkata Syeikh Bujairimi:
Yang dikehendaki ialah yakin dengan keluarnya angin bukan dengarnya dan bukan baunya.”
(Kitab Hasyiah Al-Bujairimi)
Kesimpulannya jika yakin keluar angin dengan sebab ada bunyinya atau ada baunya maka batal wuduknya.
Jika yakin keluar angin sekalipun tanpa bunyi dan bau juga batal wuduknya.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
Assalam nak tanya…macam mana seseorang itu tidak yakin? Dan dia yakin dia kentut tp sebenarnya kentut? Apa perlu buat?
Kalau yakin kentut , maka batal wuduk nya, kalau waswas xyh layan , terus je solat selagi xde bau dan xde bunyi