Apakah kelebihan puasa Bulan Zulhijjah?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANApakah kelebihan berpuasa sunat awal bulan zulhijah ustaz? Apakah puasa sunat zulhijah berbeza dari puasa sunat arafah?
JAWAPAN
Antara puasa sunat yang digalakkan dalam Islam ialah puasa sunat Zulhijjah.
Dan masanya bermula pada satu haribulan Zulhijjah sehingga sembilan haribulan Zulhijjah dan puasa pada sembilan Zulhijjah ini ialah puasa arafah.
Puasa Zulhijjah ini ganjarannya seperti berpuasa selama setahun.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw bersabda:
Tiada dari hari-hari yang dikasihi oleh Allah supaya dilakukan ibadah pada hari-hari tersebut daripada sepuluh hari yang awal dari bulan Zulhijjah yang mana ganjarannya menyamai berpuasa setiap hari daripadanya selama setahun dan mendirikan ibadah pada setiap malam daripadanya menyamai beribadah pada malam lailatul qadar.”
(Hadith Riwayat Imam Tirmizi)
Dan adapun puasa sunat arafah ertinya berpuasa pada 9 haribulan Zulhijjah selain bagi orang yang mengerjakan haji yang mana ganjarannya adalah dihapuskan dari orang yang berpuasa akan segala kesalahannya selama dua tahun yaitu setahun yang sebelumnya dan setahun yang selepasnya.
Diriwayatkan dari Abu Qatadah r.a. sungguhnya Nabi saw telah bersabda :
Puasa hari arafah sangat berharap aku atas Allah bahawa menghapuskan kesalahan setahun yang sebelumnya dan setahun lagi yang selepasnya.”
(Hadith riwayat Tirmizi)
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..