Kedudukan Tangan Ketika Bangun Dari Sujud

Kedudukan Tangan Ketika Bangun Sujud

Ketika bangun dari sujud untuk berdiri ke rakaat seterusnya biasanya saya lihat orang lakukan ialah dengan bertekan kedua tapak tangannya atas bumi untuk bangun.

Tetati ada juga saya lihat orang yang mengepalkan kedua tangannya seperti penumbuk ketika bertekan atas bumi sebelum naik dari sujud itu.

Manakah satu cara yang betul dan sah?

JAWAPAN

Bertekan tangan ketika bangun dari sujud ke rakaat seterusnya boleh sahaja dengan apa cara jua pun termasuk dengan cara mengepal kedua tangan seperti penumbuk yang disebut dalam soalan.

Tetapi cara yang sunnah dan afdhal ialah dengan meletakkan kedua tapak tangan ke bumi ketika bangun tersebut.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

يُسَنُّ ( أَنْ يَعْتَمِدَ فِي قِيَامِهِ مِنْ السُّجُودِ وَالْقُعُودِ عَلَى يَدَيْهِ )

وَكَيْفِيَّةُ الِاعْتِمَادِ أَنْ يَجْعَلَ بَطْنَ رَاحَتَيْهِ ، وَبُطُونَ أَصَابِعِهِ عَلَى الْأَرْضِ وَسَوَاءٌ فِيهِ الْقَوِيُّ وَالضَّعِيفُ

Ertinya : “Disunatkan bertekan atas dua tangannya pada ketika bangunnya dari sujud.

Dan cara bertekan itu ialah meletakkan tapak tangannya dan batin segala jarinya atas bumi. Dan bersamaan ia pada orang yang kuasa dan orang yang lemah.” (Kitab Mughni Muhtaj)

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari :

(وَ) مَنْ لَهُ (أَنْ يَعْتَمِدَ فِي قِيَامِهِ مِنْ سُجُودٍ وَقُعُودٍ عَلَى كَفَّيْهِ) أَيْ بَطْنِهِمَا عَلَى الْأَرْضِ؛ لِأَنَّهُ أَعْوَنُ لَهُ

Ertinya : “Dan bahawa bertekan ia atas tapak tangannya pada ketika berdirinya dari sujud dan duduk yakni batin kedua tapak tangannya atas bumi kerana ia membantu baginya untuk bangun.” (Kitab Fathul Wahab)

Berbalik kepada soalan di mana seorang itu bangun dari sujud dengan mengepalkan kedua tangan seperti penumbuk maka pendapat yang muktamad ialah tidak disunatkan cara demikian.

Dan sebahagian pendapat mengatakan sunat cara yang demikian kerana berdalil dengan hadith Ibnu Abbas r.a.

Di sisi jumhur ulamak hadith adalah mereka menganggap hadith tersebut dhaif.

Kesimpulannya yang afdhal ketika bangun dari sujud kepada qiam itu ialah dengan bertekan atas dua tapak tangan ke bumi.

Bertekan dengan gaya seperti penumbuk itu tidak afdhal tetapi sah solatnya kerana cara bertekan ketika naik dari sujud bukanlah rukun atau syarat sah solat.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Tambahan: lihat juga kedudukan siku ketika sujud pada pautan ini

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Naim
Naim
6 bulan yang lalu

Perkara ni khilaf.