Kedudukan Siku Ketika Sujud

Kedudukan Siku Ketika Sujud

Adakah sah solat jika kedudukan siku ketika sujud rapat ke lantai?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Adakah sah solat seorang yang sujud dimana sikunya diletakkan di atas lantai?


JAWAPAN

Di antara yang sunat yang dilakukan ketika sujud ialah merenggangkan dua lengannya dari rusuknya dan mengangkat dua sikunya jangan bagi rapat kepada lantai.

Ada pun perempuan maka sunat dia merapatkan dua sikunya kepada rusuknya ketika sujud kerana lebih menutup dari pandangan.

Jika sengaja meletakkan dua sikunya di atas lantai maka hukumnya adalah makruh tetapi solatnya itu sah.

Berkata Imam As-Syairazi:

Dan disunatkan bahawa merenggangkan dua sikunya dari rusuknya kerana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah r.a. bahawasanya Nabi saw adalah ia sujud dengan merenggangkan dua lengannya dari dua rusuknya.

Dan sunat mengangkat dua sikunya dan bertekan atas dua tapak tangannya kerana hadith yang telah meriwayatkannya oleh Al-Barra’ bin ‘Azib r.a. sungguhnya Nabi saw berkata: Apabila kamu sujud maka letakkan dua tapak tanganmu dan angkatlah akan dua lenganmu.”

(Kitab Al-Muhazzab)

Kesimpulan

Sunat orang yang solat merenggangkan dua lengan dari rusuknya ketika melakukan sujud dan sunat mengangkat dua sikunya dari lantai.

Jika seorang menyalahi sunat tersebut yakni dia rapatkan lengan kepada rusuk dan dia letak sikunya di atas lantai ketika sujud maka solatnya sah tetapi perbuatannya itu menyalahi sunnah Nabi saw.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments