Masalah Ibu Tidak Suka Suami Berbelanja Untuk Isteri

ibu tidak suka suami berbelanja untuk isteri

Bagaimana nak selesaikan masalah ibu tidak suka suami berbelanja untuk isteri (menantunya)?

Adakah suami wajib mengikut ibunya?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Saya ada masalah rumahtangga iaitu ibu saya selalu membebel kepada saya dan kadang-kadang dia marah kalau dia tahu saya membelikan sesuatu untuk isteri saya sedangkan saya membelinya sebagai hadiah dan ibu saya seorang yang berharta juga bukannya orang susah.

Apakah yang patut saya lakukan untuk menghadapi masalah seperti ini?


JAWAPAN

Dalam kerumitan seperti ini hendaklah dilalui dengan berhati-hati kerana melibatkan orang tua istimewa pula ibu sendiri dan isteri.

Teruskan berbuat kebaikkan kepada ibu dan menghurmatinya dan jaga tutur kata jangan sampai melukakan hatinya.

Berkenaan selalu membeli hadiah kepada isteri pun suatu perbuatan yang dipuji syarak akan tetapi oleh kerana ibu tidak berkenan dihatinya berkenaan perkara itu  hendaklah disembunyikan pemberian kepada isteri  demi menjaga hati dan perasaan ibu.

Telah berkata oleh Imam Nawawi:

Tidaklah berdosa dengan demikian itu seorang itu sudah memberi kecukupan dalam belanja ibunya jika ibunya termasuk orang yang wajib dia nafaqahkan dengan baik akan tetapi yang afdhal ialah membaikkan hati ibunya dan memberi keutamaan kepada ibunya.

Dan jika tidak dapat tidak daripada melebihkan isterinya maka sepatutnya bahawa dia sembunyikan dari pengetahuan ibunya.”

(Kitab Fatawa Nawawi)

KESIMPULAN

Apabila ibu dan isteri tidak sehaluan maka janganlah sembarangan menyebelahi ibu atau isteri tetapi hendaklah ditimbang dengan betul dan dihadapi dengan hati-hati.

Apabila ibu tidak suka anaknya membelikan sesuatu untuk isterinya maka hendaklah merahsiakan pemberian tersebut supaya elok hati ibunya.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini


Bacaan berkaitan:

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments