Hukum Pinjam Perkakas Masjid

Pinjam Perkakas Masjid

Apakah hukum pinjam perkakas masjid?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Biasanya masyarakat yang tinggal berdekatan masjid apabila ingin mengadakan kenduri nikah atau seumpamanya mereka akan meminjam perkakas masjid seperti tikar dan mangkuk pinggan dan ada kalanya meminjam perkakas audio seperti pembesar suara dan sebagainya.

Apakah hukumnya dibolehkan di sisi syarak?


JAWAPAN

Meminjam perkakas-perkakas yang diwakafkan untuk kegunaan masjid seperti yang tersebut itu adalah tidak dibolehkan.

Terbut pada kitab Fathul Mu’in :

Dan tidak harus sama sekali menuntut guna perkakas masjid dan tikarnya selain digunakan untuk masjid sama ada kerana hajat atau tiada sebagaimana telah difatwakan dengannya oleh guru kami.”

Dan tersebut pada Risalah Al-Amajid :

Dan difahami dari barang yang telah disebut mengambil umpama pembesar suara milik masjid dan digunakan untuk selain masjid adalah tiada harus melainkan bahawa penjaga masjid membelinya dengan tujuan menyewakannya maka haruslah digunakan untuk selain masjid dengan disewanya.”

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments