Hukum Perempuan Sembelih Haiwan

Perempuan Sembelih Haiwan

Apakah hukum perempuan sembelih haiwan?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Saya ada terbaca dalam satu artikel di internet di negara jiran kita Indonesia ada seorang perempuan Islam yang kerjanya ialah sebagai penyembelih haiwan seperti lembu dan kambing.

Soalan saya apakah hukumnya orang perempuan menyembelih haiwan?


JAWAPAN

Harus hukumnya orang perempuan menyembelih haiwan dan sah sembelihannya seperti mana kaum lelaki.

1. Telah diriwayatkan daripada Sa’ad bin Mu’az r.a. katanya:

أَنَّ جَارِيَةَ لِكَعْبِ بْنِ مَالِك كاَنَتْ تَرْعَى غَنَمًا بِسَلْعِ فَأُصِيْبَتْ شَاٌة مِنْهَا فَأَدْرَكَتْهَا فَذَبَحَتْهَا بِحَجَرٍ فَسُئِلَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ كُلُوْهَا

Sungguhnya sahaya perempuan bagi Ka’ab bin Malik adalah dia menggembalakan kambing di sebuah tempat bernama Sal’u. Maka salah seekor kambingnya ditimpa musibah lalu dia menyembelihnya dengan sebilah pisau batu. Maka ditanya akan Nabi saw lalu Nabi saw berkata : Makanlah akan dia.”

(Hadith riwayat Bukhari)
2. Berkata Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar:

وفيه جواز أكل ما ذبحته المرأة سواء كانت حرة أو أمة كبيرة أو صغيرة

Pada hadith ini menjadi dalil harus memakan haiwan yang disembelih oleh perempuan samada perempuan merdeka atau hamba dan samada perempuan tua atau muda.”

(Kitab Fathul Baari)

Oleh kerana itu terjawab sudah bahawa diharuskan kaum perempuan menyembelih haiwan dan sembelihannya itu adalah sah.

Dan disyaratkan bahawa perempuan yang hendak menyembelih haiwan itu mestilah tahu akan cara sembelih dan mampu menyembelih.

3. Berkata Imam Ibnu Al-Munzhir :

وأجمعوا على إباحة ذبيحة الصبي والمرأة إذا أطاقا الذبح، وأتيا على ما يجب أن يؤتى عليه

Telah ijmak sekelian ulamak atas diharuskan sembelihan kanak-kanak dan wanita apabila keduanya ada kemapuan dan mendatangkan apa yang wajib ketika menyembelih.”

(Kitab Al-Ijma’)

Kesimpulannya jika perempuan itu tahu hukum dan cara sembelih yang betul maka harus ia sembelih haiwan dan sah sembelihannya sekali pun setengah fuqahak berkata yang lebih afdhal ialah kaum lelaki yang menyembelih haiwan.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Sertai Channel Telegram Kami

Dapatkan newsletter terbaru dari kami melalui Telegram secara PERCUMA!

Tinggalkan Komen Anda..

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments