Hukum Menetapkan Kawasan Tertentu Pada Tanah Wakaf Kubur

Apakah hukum menetapkan kawasan tertentu pada tanah wakaf kubur?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Ada satu tanah perkuburan berdekatan tempat saya tinggal.

Ditengah-tengah tanah perkuburan itu adalah satu kawasan yang berpagar yang saya maklum untuk ditanam akan keluarga pemilik wakafnya manakala yang bukan keluarga tidak dibenarkan ditanam di situ.

Adakah harus menetapkan kawasan tertentu untuk keluarga seperti itu?


JAWAPAN

Jika orang yang mewakafkan tanah perkuburan itu membuat syarat hanya keluarganya sahaja boleh ditanam di kawasan tertentu manakala yang bukan keluarga di tanam diluar kawasan tersebut maka hukumnya adalah harus dan sah.

Ada pun jika tidak ada syarat demikian maka bebas ditanam semua mayat orang Islam di mana-mana bahagian dalam tanah perkuburan tersebut.

Akan tetapi jika orang ramai yang memandai-mandi menetapkan kawasan tertentu untuk ditanam keluarga mereka dan tidak dibenarkan orang lain menanam mayat di situ seperti dibuatnya pagar maka hukumnya adalah haram dan tidak sah kerana dikira merampas harta wakaf.

Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah:

Dan adapun jika disyaratkan pada wakaf tanah kubur itu khusus untuk keluarga tertentu maka menurut pendapat yang paling sahih disisi ulamak mazhab Syafie ialah hendaklah menanam keluarga tertentu sahaja di situ dan dihalang orang lain dari ditanam padanya kerana memelihara kehendak pewakaf sekalipun syarat seperti itu adalah makruh.”


KESIMPULAN

JIka pewakaf tanah kubur itu ada mensayaratkan pada tanah kubur itu ada satu kawasan untuk menanam keluarganya maka tidak boleh ditanam orang lain di situ dan hendaklah ditanam orang lain pada luar kawasan yang telah ditentukan itu.

Jika orang yang bukan pewakaf memandai-mandai menetapkan kasawasan-kawasan tertentu untuk ditanam keluarganya maka hukumnya adalah haram dan tidak sah maka harus ditanam akan siapa sahaja di kawasan yang telah ditetapkan itu samada dipagar atau tidak dipagar.

Pada zaman sekarang sudah ada berlaku dipagar kawasan khas dalam tanah perkluburan wakaf untuk ditanam kaum keluarganya sahaja pada hal dia bukanlah pewakaf tanah kubur tersebut maka perbuatan ini adalah haram kerana mengambil hak orang ramai tanpa sebenar dan wajib atas pemerintah menghentikannya.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments