Apakah hukum jual babi yang dilanggar kepada orang bukan Islam?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANJika seorang terlanggar babi di dalam perjalanan adakah boleh dia jual babi yang dilanggar itu kepada orang bukan Islam?
JAWAPAN
Segala haiwan yang diharamkan ke atas orang Islam memakannya maka haram pula dia jual untuk dimakan kepada orang bukan Islam.
Dengan sebab itu maka haram menjual babi kepada orang bukan Islam kerana ia adalah haiwan yang diharamkan makannya.
Diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah r.a. Rasulullah saw bersabda:
Sungguhnya Allah dan Rasul-Nya mengharamkan jual beli arak dan bangkai dan babi dan berhala.”
(Hadith Syeikhain)
Dan begitu juga haiwan yang halal atas orang Islam tetapi telah menjadi bangkai maka haram dijualnya untuk dimakan samada kepada orang Islam atau bukan Islam kerana keadaan haiwan tersebut telah bertukar menjadi najis dengan sebab matinya tanpa disembelih.
Berkata Imam Nawawi :
Dan ada pun najis pada dirinya maka tidak harus jual belinya seumpama anjing dan babi dan himar dan sekelian kotoran dan segala yang menyerupai yang demikian itu daripada segala najis.”
(Kitab Al-Majmu’)
Kesimpulannya haram menjual babi yang dilanggar itu kepada orang bukan Islam kerana tidak sah menjual najis dan haram menjual perkara yang diharamkan makan untuk dimakan oleh yang membelinya.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..