Hukum Ambil Tempat Duduk Orang Lain Dalam Masjid

Ambil Tempat Duduk Orang Lain

Apakah hukum ambil tempat duduk orang lain dalam masjid?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Pada hari jumaat ketika para jemaah duduk di dalam masjid menunggu masuk waktu solat ada setengah jemaah yang keluar kerana mengambil wuduk atau kerana urusan yang lain.

Soalannya ketika tempat orang tersebut ditinggalkan kerana keluar mengambil wuduk itu adakah boleh jemaah yang lain pergi duduk di tempatnya itu atau tidak boleh?


JAWAPAN

Barang siapa yang sudah duduk di dalam masjid kemudian dia keluar sekejap kerana urusan dan kembali semula ke dalam masjid maka dia lebih berhak dengan tempat yang dia tinggalkan itu.

Jika ada orang lain datang duduk di situ maka dia boleh memintanya kembali.

Hukum ini berlaku pasa masa solat yang hendak didirikan itu sahaja bukannya sepanjang masa.

Maka jika dia keluar untuk masa yang lama atau pulang ke rumah maka dia tidak lagi berhak ke atas tempat yang dia tinggalkan itu.

Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

Apabila salah seorang kamu bangun dari tempat duduknya kemudian kembali semula kepada tempat itu maka dia lebih berhak dengan tempat itu.”

(Hadith Imam Muslim)

Berkata Imam Suyuthi tentang hadith ini:

Siapa yang telah bangun dari tempat duduknya kemudian dia datang kembali kepada tempat itu maka dia lebih berhak dengan tempat itu. Telah berkata ashab kami artinya pada ketika solat yang satu itu sahaja bukan pada solat yang lain.”

Berkata Imam Nawawi :

Telah berkata ulamak kami : Hadith ini berlaku pada orang yang duduk pada satu tempat di dalam masjid atau lain dari masjid kerana hendak solat misalnya kemudian dia tinggalkan sekejap untuk datang lagi seperti keluar untuk berwuduk atau menunaikan hajatnya yang sedikit kemudian kembali semula maka tidak putus haknya.

Bahkan apabila dia datang kembali maka dia lebih berhak dengan tempatnya pada solat tersebut.

Maka jika ada orang lain duduk pada tempatnya itu maka harus baginya mengalihkan orang itu dan atas yang baru duduk itu hendaklah beredar kerana hadith ini.”

(Kitab Syarah Sahih Muslim)

KESIMPULAN

Seorang yang telah duduk di dalam satu majlis samada dalam masjid atau lainnya kemudian keluar untuk satu urusan yang sekejap kemudian kembali lagi maka dia berhak dengan tempat yang telah dia duduk sebelum keluarnya itu.

Jika orang lain datang duduk pada tempatnya maka dia mempunyai hak untuk mengambilnya semula dan orang yang duduk ditempatnya itu hendaklah mendapatkan tempat duduk yang lain akan tetapi elok juga jika yang berhak atas tempat itu berpindah duduk ditempat yang lain kerana mengelakkan daripada permusuhan atau seumpamanya.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments