Hantar Jenazah: Kena Berada Di Depan Atau Belakang?

Hantar jenazah

Semasa hantar jenazah, dimanakah kena berada?

Di depan atau belakang?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Adakah benar dikata orang jika menghantar jenazah ke kubur hendaklah orang yang menghantarnya duduk di depan jenazah?


JAWAPAN

Ketika menghantar jenazah ke tanah perkuburan adalah disunatkan ke atas orang-orang itu berada di hadapan jenazah.

Telah diriwayatkan daripada Salim dari bapanya r.a. :

أَنَّهُ رَأَى اَلنَّبِيَّ – صلى الله عليه وسلم – وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ, يَمْشُونَ أَمَامَ الْجَنَازَةِ

Sungguhnya dia telah melihat akan Nabi saw dan Abu Bakar dan Umar r.a. berjalan mereka di hadapan jenazah.”

(Hadith riwayat Ibnu Majah)

Bermula disunatkan berjalan di hadapan jenazah itu ialah pendapat jumhur ulamak iaitu mazhab Maliki dan Syafie dan Hanbali.

Berkata Dr Wahbah Zuhaili:

المشي أمام الجنازة: يسن عند فقهاء الحديث (مالك والشافعي وأحمد). المشي أمام الجنازة، وبقربها بحيث يراها إن التفت لأنه إذا بعد لم يكن معها، والمشي أمامها، لما روى ابن عمر: «أنه رأى النبي صلّى الله عليه وسلم وأبا بكر وعمر يمشون أمام الجنازة» . ولأن المشيع شفيع للميت، والشفيع يتقدم على المشفوع له.

Berjalan di hadapan jenazah itu disunatkan di sisi fuqahak ahli hadith iaitu Imam Malik dan Imam Syafie dan Imam Hanbali.

Berjalan di hadapan jenazah itu ialah dengan mendekati jenazah sekira-kira apabila berpaling ia nescaya nampak akan jenazah dan apabila jauh nescaya tidak berada bersama jenazah kerana riwayat dimana Nabi saw dan Abu Bakar serta Umar r.a. berjalan dihadapan jenazah.

Dan kerana sungguhnya orang yang menghantar jenazah itu memberi syafaat bagi mayat maka yang memberi syafaat itu didulukan atas yang diberi syafaat atasnya.”

(kitab Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatih)

Dan tersebut pada Kitab Tanwir Al-Qulub :

وَيُسَنُّ الْمَشْيُ اَمَامَهَا وَقُرْبَهَا وَاْلاِسْرَاعُ بِهَا وَالتَّفَكُّرُ فِى الْمَوْتِ وَماَبَعْدَهُ

Dan disunatkan berjalan dihadapan jenazah dan dekat dengan jenazah dan berjalan dengan cepat dan bertafakkur mengingatkan tentang kematian dan alam sesudahnya.”

Kesimpulannya yang afdhal ialah orang-orang yang menghantar jenazah ke tanah perkuburan itu berada di hadapan jenazah.

Jika berada di belakangnya maka tidaklah menjadi kesalahan.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Berkaitan:

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments