
Bolehkah orang junub mengambil wuduk?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALANAdakah boleh orang yang sedang berhadas janabah mengambil wuduk sedangkan dia tidak melakukan mandi wajib atau adakah dilarang atasnya berwuduk?
JAWAPAN
Seorang yang sedang berhadas dengan hadas janabah yang disebut sebagai junub tidak dilarang dari mengambil wuduk sekiranyanya dia belum mahu mengangkat hadas yang besar itu dengan mandi.
Telah diriwayatkan daripada Aisyah r.a. katanya:
ููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุฅูุฐูุง ููุงูู ุฌูููุจูุง ููุฃูุฑูุงุฏู ุฃููู ููุฃููููู ุฃููู ููููุงู ู ุชูููุถููุฃู ููุถููุกููู ูููุตููููุงุฉ
Adalah Rasulullah saw apabila sedang junub dan baginda hendak makan atau tidur baginda berwuduk seperti wuduk hendak sembahyang.โ
(Hadith Imam Muslim)
Dari hadith ini menjadi dalil bahawa disunatkan atas orang yang junub mengambil wuduk sebelum makan atau hendak tidur dan pendapat jumhur ulamak hukumnya tidak wajib.
Tersebut pada Kitab Fathul Munโim Syarah Sahih Muslim :
ูุฐูุจ ุงูุฃูุฒุงุนู ูุงูููุซ ูุฃุจู ุญูููุฉ ูู ุญู ุฏ ูุงูุดุงูุนู ูู ุงูู ูุฃุญู ุฏ ุฅูู ุฃู ูุถูุก ุงูุฌูุจ ูุถูุกุง ููุถูุก ุงูุตูุงุฉ ูุจู ุฃู ูุฃูู ุฃู ูุดุฑุจ ุฃู ููุงู ุฃู ูุฌุงู ุน ุบูุฑ ูุงุฌุจ
Telah berjalan oleh Al-Auzaโie dan Al-Laith dan Abu Hanifah dan Syafie dan Malik dan Ahmad kepada bahawa wuduk solat sebelum makan dan minum atau tidur atau jimak bukanlah wajib.โ
KESIMPULAN
Tidak dilarang orang yang junub mengambil wuduk seperti wuduk hendak sembahyang dan bermula hikmahnya ialah membersihkan diri sekali pun belum lagi mahu mandi mengangkat hadas bahkan disunatkan atasnya berwuduk di sisi jumhur ulamak sebelum hendak makan minum dan hendak tidur.
Dan adalah wuduk orang yang junub itu tidak membolehkan ia solat kerana belum melakukan mandi hadas.
Wallahuaโlam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus padaย pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..