Bolehkah Orang Junub Mengambil Wuduk?

Orang Junub Mengambil Wuduk

Bolehkah orang junub mengambil wuduk?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Adakah boleh orang yang sedang berhadas janabah mengambil wuduk sedangkan dia tidak melakukan mandi wajib atau adakah dilarang atasnya berwuduk?


JAWAPAN

Seorang yang sedang berhadas dengan hadas janabah yang disebut sebagai junub tidak dilarang dari mengambil wuduk sekiranyanya dia belum mahu mengangkat hadas yang besar itu dengan mandi.

Telah diriwayatkan daripada Aisyah r.a. katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ جُنُبًا فَأَرَادَ أَنْ يَأْكُلَ أَوْ يَنَامَ تَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاة

Adalah Rasulullah saw apabila sedang junub dan baginda hendak makan atau tidur baginda berwuduk seperti wuduk hendak sembahyang.”

(Hadith Imam Muslim)

Dari hadith ini menjadi dalil bahawa disunatkan atas orang yang junub mengambil wuduk sebelum makan atau hendak tidur dan pendapat jumhur ulamak hukumnya tidak wajib.

Tersebut pada Kitab Fathul Mun’im Syarah Sahih Muslim :

وذهب الأوزاعي والليث وأبو حنيفة ومحمد والشافعي ومالك وأحمد إلى أن وضوء الجنب وضوءا كوضوء الصلاة قبل أن يأكل أو يشرب أو ينام أو يجامع غير واجب

Telah berjalan oleh Al-Auza’ie dan Al-Laith dan Abu Hanifah dan Syafie dan Malik dan Ahmad kepada bahawa wuduk solat sebelum makan dan minum atau tidur atau jimak bukanlah wajib.”


KESIMPULAN

Tidak dilarang orang yang junub mengambil wuduk seperti wuduk hendak sembahyang dan bermula hikmahnya ialah membersihkan diri sekali pun belum lagi mahu mandi mengangkat hadas bahkan disunatkan atasnya berwuduk di sisi jumhur ulamak sebelum hendak makan minum dan hendak tidur.

Dan adalah wuduk orang yang junub itu tidak membolehkan ia solat kerana belum melakukan mandi hadas.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments