Hukum Bernikah Dengan Wanita Hamil (Akibat Zina)

Bernikah wanita hamil zina

Apakah hukum bernikah dengan wanita hamil akibat zina?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Saya keliru berkenaan perkahwinan seorang lelaki dengan wanita yang hamil dari zina.

Kalau sah nikahnya adakah anak itu akan dapat pesaka kalau berlaku kematian?


JAWAPAN

Hukum bernikah dengan perempuan tidak bersuami yang sedang hamil zina adalah sah apabila cukup segala rukun dan syarat sah nikah.

Berkata Imam Nawawi:

Apabila berzina oleh seorang perempuan nescaya tidak wajib atasnya beriddah samada hamil atau tidak.

Maka jika perempuan itu tidak hamil nescaya harus bagi lelaki yang berzina atau lelaki lain bernikah dengannya.

Dan jika perempuan itu hamil dari zina nescaya makruh nikahnya sebelum melahirkan.

Inilah salah satu riwayat Imam Hanafi r.a.”

(Kitab Al-Majmu’ Syarah Muhazzab)

Dan berkata Syeikh Nawawi Bantan:

Dan jikalau menikah akan perempuan yang sedang hamil dari zina nescaya sah nikahnya sama sekali dan harus baginya jimak isterinya itu sebelum melahirkan atas pendapat yang paling sahih.”

(Syarah Quttul Habib ‘Ala Fathul Qarib)

Berkenaan pesaka jika lelaki tersebut meninggal dunia maka anak tersebut tidak mempusakai lelaki tersebut tetapi anak itu mempusakai dari harta emaknya.

Tersebut pada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan: Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Januari 1971 telah membincangkan Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah.

Persidangan telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pusaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.

Rujukan pada pautan ini: http://www.muftins.gov.my/v1/en/2019/06/21/nikah-dengan-wanita-hamil/

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments