Nama Anak: Isteri Atau Bapa Yang Berhak Beri Nama Anak?

Nama Anak

Siapakah yang berhak memberikan nama anak?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Apbila sepasang suami isteri mendapat cahaya mata adakah boleh isteri yang memberikan nama anak atau hak memberi nama anak hanya pada suami sahaja?


JAWAPAN

Kebanyakkan ulamak berkata hak memberikan nama anak ialah hak bapa.

Akan tetapi tidak menjadi kesalahan jika ibu yang memilih dan memberikan namanya.

Firman Allah :

فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ إِنِّي وَضَعْتُهَا أُنْثَى وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْ وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالْأُنْثَى وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ

Maksudnya :

Maka tatkala isteri ‘Imran melahirkan anaknya dia berkata : Wahai Tuhanku sungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan dan Allah lebih mengetahui dengan anak yang telah dilahirkan itu dan anak lelaki tidaklah seperti anak perempuan. Sungguhnya aku telah menamakan anak itu dengan Maryam.”

(Al-Imran : 36)

Jika ibu bercadang menamakan anaknya dengan suatu nama maka eloklah dia berbincang dengan bapa dan jika melihat oleh bapa nama yang dipilih oleh ibu itu elok maknanya maka sebaiknya bapa memberi izin kepada ibu menamakan dengan nama tersebut.

Berkata As-Sa’di :

Dan atas bahawa harus bagi ibu menamakan anak apabila tidak melarang oleh bapa.”

(Tafsir As’Sa’di)

Kesimpulannya walau pun bapa mempunyai hak menamakan anak yang dilahirkan namun jika si ibu mempunyai nama yang elok maka berilah hak itu kepada ibu kerana meraikan kesusahannya mengandungkan anak tersebut dan melahirkannya.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments