Hukum Baca Al-Quran Dengan Tidak Tutup Aurat

Baca Al-Quran Tidak Tutup Aurat

Apakah hukum baca al-Quran dengan tidak tutup aurat?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN:

Saya selalu amalkan membaca Quran beberapa helai pada waktu malam sebelum tidur dan saya hendak tanya apakah hukumnya saya membaca Quran tanpa memakai tudung kerana kadang-kadang saya membasuh rambut sebelum tidur?


JAWAPAN

Tidak wajib bagi siapa yang hendak membaca Quran itu menutup auratnya akan tetapi sunat hukumnya menutup aurat ketika hendak membaca Quran yaitu pada tempat yang tiada orang yang melihat akan auratnya.

Ada pun jika ada disitu orang yang haram melihat auratnya maka wajib dia menutup aurat dengan sempurna.

Berkata Dr Nuh Ali Sulaiman Mufti Negeri Jordan:

Ya harus membaca Quran tanpa menutup aurat kerana sungguhnya menutup aurat itu bukannya syarat membaca Quran iaitu perempuan mesti memakai tudung.

Akan tetapi disunatkan bagi perempuan itu menutup aurat supaya ia bersedia bagi melakukan sujud tilawah pada pertengahan bacaannya (jika sampai pada ayat tilawah) sebab menutup aurat itu setengah dari syarat sah sujud tilawah sebagaimana ia juga syarat bagi sahnya solat.

Dan yang paling penting ialah jangan meninggalkan membaca Quran.”

(Lajnah Ifta Jordan)

Kesimpulan

Ketika membaca Quran tidak diwajibkan seorang itu menutup aurat.

Sunat hukumnya menutup aurat dengan sempurna ketika membaca Quran kerana memuliakan kalam Allah yang sangat mulia.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments