Adakah Kena Aqiqah Anak Yang Mati Ketika Dilahirkan?

Aqiqah Anak Yang Mati

Adakah kena aqiqah anak yang mati ketika lahir?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Saya ingin tahu adakah anak yang mati ketika dilahirkan juga kena lakukan aqiqah?


JAWAPAN

Hukum melakukan aqiqah sebab melahirkan anak adalah sunat muakkad bukannya wajib.

Tuntutan melakukannya ialah atas orang tuanya atau penjaganya sebelum kanak-kanak itu baligh.

Dan kanak-kanak yang meninggal dunia selepas dilahirkan juga disunatkan aqiqah.

Berkata Imam Nawawi:

لو مات المولود بعداليوم السابع بعد التمكن من الذبح فوجهان حكاهما الرافعي، اصحهما يستحب ان يعق عنه، والثاني يسقط بالموت

Kalau kanak-kanak yang dilahirkan meninggal dunia selepas hari yang ketujuh selepas dari ada kemampuan melakukan aqiqah maka ada dua pendapat yang telah menghikayatkan keduanya oleh Imam Ar-Rafie yaitu pendapat yang paling sahih disunatkan aqiqah daripadanya dan pendapat yang kedua gugur sunat aqiqah dengan sebab meninggal dunia.”

(Kitab Al-Majmu’)

Kesimpulannya anak yang meninggal dunia ketika dilahirkan adalah disunatkan melakukan aqiqah daripadanya.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Sertai Channel Telegram Kami

Dapatkan newsletter terbaru dari akuislam.com melalui Telegram secara PERCUMA!

Tinggalkan Komen Anda..

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments