Apakah Surah Yang Dibaca Ketika Ziarah Kubur

surah ziarah kubur

Apakah surah yang dibaca ketika ziarah kubur?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Ketika kita ziarah kubur apakah surah yang perlu dibaca? Adakah memadai kalau saya membaca surah al-fatihah sahaja?


JAWAPAN

Ketika ziarah kubur tidak ada sebarang surah atau ayat tertentu yang mesti dibaca oleh orang yang ziarah.

Terpulang kepada orang yang ziarah itu sendiri apa surah yang dia hendak baca atau ayat.

Jika dia mempunyai masa maka harus dia membaca surah yang panjang atau sehingga khatam dan jika dia kesempitan masa maka boleh dia membaca surah yang pendek.

Dan harus bagi yang ziarah untuk memilih membaca surah yang sama setiap kali dia ziarah ke kubur seperti surah Al-Ikhlas atau surah Al-Fatihah atau pun melazimi membaca ayat Kursi.

Apa sahaja surah atau ayat Quran yang dibaca pasti akan turun rahmat dan mendapat ganjaran pahala.

Telah menyebut oleh Imam Ibnu Muflih telah berkata oleh Imam Ahmad bin Hanbal:

Apabila kamu masuk ke tanah perkuburan maka bacalah oleh kamu sekelian akan ayat Kursi dan surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali kemudian hendaklah kamu berkata : Ya Allah jadikanlah kelebihannya bagi penghuni sekelian kubur ini.”

Telah menyebut umpama ini oleh sebilangan dari ulamak fiqah mazhab yang empat dan lain dari mereka itu.


Kesimpulan

Ziarah kubur adalah sunat hukumnya dan ketika ziarah sunat memberi salam kepada penghuni kubur dan membaca Quran dan bertafakkur serta berdoa.

Tidak ada surah tertentu yang mesti dibaca ketika ziarah kubur dan jika dibaca apa sahaja surah yang di suka maka hukumnya adalah harus.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments