Anak Orang Kafir Akan Masuk Syurga Atau Neraka?

Anak Orang Kafir

Anak orang kafir akan masuk syurga atau neraka?

Apakah nasib mereka?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Di hari kiamat nanti adakah anak-anak orang kafir akan masuk ke dalam syurga atau mereka akan bersama ibu bapa mereka di dalam neraka?


JAWAPAN

Di akhirat nanti anak-anak orang kafir yang telah baligh yang mati dalam agama kafir maka tempat mereka ialah di dalam neraka.

Ada pun anak-anak orang kafir yang mati sebelum baligh maka ulamak berbeza pendapat tentang mereka.

Maka pendapat yang yang sahih ialah mereka di masukkan ke dalam syurga.

Telah menyebut oleh Imam Nawawi :

Yang sahih yang telah berjalan kepadanya ulamak yang muhaqiq sungguhnya anak-anak orang kafir adalah dari ahli syurga.

Dan berdalil baginya dengan beberapa hadith.

Setengah daripada hadith itu ialah hadith Nabi Ibrahim a.s. ketika Rasulullah saw melihat Nabi Ibrahim a.s. di dalam syurga dan di sekelilingnya ramai anak-anak manusia lalu ditanya: Wahai Rasulullah adakah ini anak-anak orang musyrikin?

Jawab baginda: Ya Anak-anak musyrikin.

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Bukhari di dalam Sahihnya.

Dan setengah dari dalil itu ialah firman Allah Taala: Dan tiadalah Kami akan mengazab sehingga kami utuskan seorang Rasul.

Dan tidak ada dihadapkan atas kanak-kanak akan taklif syarak dan lazimlah atasnya sabda Nabi saw sehingga kanak-kanak itu telah dewasa.

Dan ini telah disepakati atasnya. Wallahua’lam.”

(Kitab Syarah Sahih Muslim)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments