Adakah Anak Mati Kecil Bawa Ibu Bapa Masuk Syurga?

Anak Mati Kecil

Adakah anak mati kecil akan bawa ibu bapanya masuk syurga?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Adakah benar jika seorang itu ada anak yang mati masa kecil maka anak tersebut boleh memberi syafaat ibu bapanya masuk syurga?


JAWAPAN

Untuk menjawab persoalan di atas maka disertakan disini beberapa hadith yang berkaitan :

Telah diriwayatakan dari Abu Musa Al-Asy’ari r.a.

Rasulullah saw bersabda:

Apabila mati anak kepada seorang manusia maka berkata Allah bagi malaikat : Kamu mengambil nyawa anak hamba-Ku?

Jawab malaikat : Ya.

Maka kata Allah : Kamu mengambil nyawa buah hati hamba-Ku?

Jawab malaikat : Ya.

Kata Allah : Apa kata hamba-Ku itu?

Kata malaikat : Dia memuji Mu dan mengucap Inna Lillah wa Inna Ilaihi Raji’un.

Maka kata Allah : Binakan bagi hamba-Ku itu sebuah istana di dalam syurga dan namakan istana itu dengan nama Baitul Hamdi.”

(Hadith Tirmizi dan Ibnu Hibban)

Dan diriwayatkan daripada Abu Al-Hasan katanya:

Aku berkata kepada Abu Hurairah r.a.:

Sungguhnya telah mati dua orang anakku maka apa yang kamu tahu tentang satu hadith daripada Nabi saw yang boleh memberi ketenangan bagi diriku menghadapi kematian ini?

Abu Hurairah berkata: Ya. Anak-anak yang mati kecil adalah anak-anak yang akan memasuki syurga. Salah seorang dari anak-anak itu akan menemui bapanya atau kedua ibu bapanya lalu anak itu akan memegang akan pakaian bapa atau kedua ibu bapanya seperti aku memegang hujung pakaianmu ini dan anak itu tidak akan melepaskannya sehinggalah Allah memasukkan anak itu dan kedua ibu bapanya ke dalam syurga.”

(Hadith Imam Muslim)

Dan diriwayatkan daripada Aisyah r.a. Rasulullahs aw bersabda:

Tiadalah dua orang Islam (ibu & bapa) yang mati tiga orang anaknya yang belum dewasa melainkan akan didatangkan anak-anak itu pada hari kiamat dan didirikan di depan pintu syurga lalu dikatakan bagi anak-anak itu : Masuklah kamu sekelian ke dalam syurga.

Maka berkata anak-anak itu : Tidak! Sehingga masuk juga dua ibu bapa kami.

Maka dikatakan kepada anak-anak itu : Masuklah kamu sekelian serta ibu bapa kamu ke dalam syurga.”

(Riwayat Ibnu Al-Munzir pada kitab Ar-Targhib Wa At-Tarhib)

Maka terjawab sudah perosalan bahawa orang beriman yang kematian anak yang masih kecil maka anak itu akan menysafaatkan ibu bapanya masuk ke dalam syurga pada hari kiamat nanti.

Ulamak berkata disyaratkan hendaklah pada ketika anaknya itu meninggal dunia adalah ibu bapanya bersabar dan redha dengan ketentuan Allah Taala.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments